Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513277
Title: | Model pembelajaran makna visual untuk aplikasi pendidikan realiti luasan (AR) bagi meningkatkan motivasi murid sindrom down mempelajari asas membaca secara berkesan |
Authors: | Roslinda Ramli (P41007) |
Supervisor: | Halimah Badioze Zaman, Prof. Dato' Dr. |
Keywords: | Teknologi realiti luasan Membaca Augmented reality |
Issue Date: | 21-Mar-2017 |
Description: | Bahan bacaan konvensional statik didapati tidak membantu strategi pembelajaran pelajar dan sehingga kini belum wujud aplikasi pendidikan Bahasa Melayu berteknologi realiti luasan (AR) khusus untuk pelajar Sindrom Down (SD). Aplikasi Pendidikan yang menggunakan teknologi Realiti Luasan ataupun Augmented Reality (AR) kini sedang giat diterokai. Realiti luasan (AR) merupakan sebuah teknologi antara muka yang unik. Teknologi tersebut mempunyai pelbagai ciri seperti berupaya menggabungkan objek nyata serta maya, didaftar secara objek 3-Dimensi (3D), mempunyai interaktiviti secara masa nyata, dan menyokong interaksi secara intuitif. Ciri tersebut kini telah menarik perhatian ramai pengkaji dalam bidang Teknologi Pendidikan, bidang Antara Muka Manusia-Komputer (HCI), dan bidang Kebolehgunaan Aplikasi Pendidikan, bagi menghasilkan dimensi baharu dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Secara amnya, kajian ini melibatkan tiga objektif utama: i) mereka bentuk dan membangun model reka bentuk berarahan (ID) yang digunakan untuk pembangunan aplikasi pendidikan berasaskan realiti luasan (AR); ii) membangunkan sebuah aplikasi pendidikan teknologi realiti luasan (AR) dalam bidang Bacaan Asas Bahasa Melayu berasaskan pendekatan makna visual bagi pelajar Sindrom Down (SD). Aplikasi tersebut digelar AR BACA-MV-SindD; iii) melaksanakan penilaian formatif dan sumatif terhadap aplikasi AR BACA-MV-SindD. Aplikasi AR BACA-MV-SindD dibangunkan berdasarkan metodologi pembangunan yang digelar Model Kitar Hayat Kejuruteraan Iterasi-Evolusi Aplikasi AR Bacaan Asas Berasaskan Pendekatan Makna Visual bagi Kanak-kanak Sindrom Down (KHKA-AR BACA-MV-SindD). Model metodologi pembangunan tersebut terdiri daripada lima (5) fasa : Analisis, Reka bentuk, Pembangunan, Implementasi dan Penilaian. Fasa penilaian melibatkan penilaian formatif dan penilaian sumatif. Proses penilaian formatif, melibatkan pengujian pemeriksaan kebolehgunaan (usability inspection) ataupun penilaian heuristik yang dilaksanakan oleh pakar terhadap aplikasi AR BACA-MV-SindD. Proses penilaian sumatif pula, melibatkan pengujian kebolehgunaan aplikasi AR BACA-MV-SindD, yang dilaksanakan terhadap 15 orang pelajar Sindrom Down (SD) dari sebuah sekolah pendidikan khas di Selangor. Pengujian kebolehgunaan aplikasi AR BACA-MV-SindD, dilaksanakan berasaskan konstruk melibatkan aspek antara muka dan interaksi, seperti keberkesanan, kebolehbelajaran, kepuasan pelajar terhadap aplikasi dan motivasi pelajar terhadap bacaan semasa menggunakan aplikasi tersebut. Instrumen kajian yang digunakan ialah : soal selidik kebolehgunaan aplikasi AR BACA-MV-SindD (SSK-AR BACA-MV-SindD) dan satu set soalan ujian pra dan pasca. Dapatan kajian menunjukkan penemuan yang positif berkaitan penggunaan aplikasi tersebut oleh para pelajar Sindrom Down dalam memperoleh motivasi dan kemahiran bacaan asas dalam Bahasa Melayu. Sumbangan kajian ialah : Model Kitar Hayat Kejuruteraan Iterasi-Evolusi bagi Aplikasi Realiti Luasan (AR) berasaskan pendekatan Makna Visual untuk pelajar Sindrom (KHKA-AR BACA-MV-SindD); model reka bentuk berarahan (ID) yang digelar ID-AR BACA-MV-SindD; Prototaip aplikasi AR BACA-MV-SindD; model perancah; instrumen soal selidik penilaian heuristik AR BACA-MV-SindD (SSPH-AR BACA-MV-SindD); soal selidik kebolehgunaan aplikasi AR BACA-MV-SindD (SSK-AR BACA-MV-SindD); dan hasil penilaian heuristik dan pengujian kebolehgunaan aplikasi AR BACA-MV-SindD.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 297 |
Call Number: | QA76.9.A94R637 2017 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96929+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 720.26 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.