Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513275
Title: | Model penerimaan perlombongan data pendidikan dalam kalangan pelajar universiti awam di Malaysia |
Authors: | Muslihah Wook (P63469) |
Supervisor: | Zawiyah Mohammad Yusof, Prof. Dr. |
Keywords: | Perlombongan data Universiti awam Pendidikan Data mining -- Computer programs |
Issue Date: | 27-Jan-2017 |
Description: | Aplikasi perlombongan data (PD) dalam konteks pendidikan semakin diterima kerana keupayaannya menjana pengetahuan baharu bagi membantu pihak pentadbir, pensyarah dan pelajar meningkat kecekapan dan pencapaian proses pengajaran dan pembelajaran. Namun kajian terdahulu dalam bidang ini hanya memberi tumpuan terhadap penerimaan PD daripada perspektif organisasi, tanpa mengambil kira penerimaan teknologi ini daripada perspektif individu terutamanya pelajar. Faktor yang mempengaruhi penerimaan pelajar yang menjurus kepada perspektif individu perlu diselidiki supaya isu ketidakgunaan teknologi dapat diatasi. Objektif kajian ini adalah membangun model penerimaan perlombongan data pendidikan (PDP) dan mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penerimaan pelajar terhadap teknologi ini berasaskan integrasi konstruk daripada faktor kesediaan (Technology Readiness Index) dan faktor penerimaan (Technology Acceptance Model 3). Pendekatan kuantitatif mengguna kaedah tinjuan melalui soal selidik tadbiran sendiri diguna bagi pengumpulan data. Kajian melibatkan 311 responden daripada enam buah universiti awam di sekitar Lembah Kelang dalam tempoh enam bulan (Mei hingga Oktober 2014). Sejumlah 229 (74%) soal selidik diterima kembali, tetapi hanya 211 diguna untuk analisis. Perisian SPSS versi 20 diguna untuk analisis deskriptif bagi data demografi. PLS-SEM pula diguna untuk menganalisis dan mengesah model penerimaan PDP melalui perisian SmartPLS versi 3.0. PLS-SEM juga diguna untuk analisis mediasi bagi konstruk pengantara; dan analisis metrik kepentingan-prestasi (IPMA) bagi menentu konstruk utama yang perlu diberi perhatian. Hasil analisis menunjukkan lapan daripada 11 konstruk menghasil hubungan yang signifikan dan keseluruhan model penerimaan PDP menunjukkan penerimaan pelajar terhadap PDP adalah pada tahap yang sederhana. Analisis mediasi menunjukkan konstruk ‘tanggapan kebergunaan’ berfungsi sebagai separa pengantaraan hubungan di antara ‘tanggapan mudah diguna’ dan ‘niat tingkah laku ingin guna PDP’. Analisis IPMA pula menunjukkan ‘tanggapan kebergunaan’ memain peranan utama, diikuti oleh ‘tanggapan mudah diguna’ dan ‘optimis’. Hasil kajian ini dapat membantu pembangun perisian dan pembuat polisi mengetahui konstruk utama yang perlu dipertimbang semasa proses reka bentuk aplikasi PDP supaya implementasi teknologi ini dapat diterima oleh pelajar secara meluas pada masa hadapan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 245 |
Call Number: | QA76.9.D343M874 2017 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96926+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 362.9 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.