Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513269
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Azizah Jaafar, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Hoo Meei Hao (P52684) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T04:35:10Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T04:35:10Z | - |
dc.date.issued | 2017-05-26 | |
dc.identifier.other | ukmvital:96917 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513269 | - |
dc.description | Kajian terdahulu telah menunjukkan kepentingan dalam menentukan matlamat kebolehgunaan dengan penubuhan model kapasiti kebolehgunaan atau model kematangan kebolehgunaan. Dalam tinjauan awal, walaupun amalan penentuan matlamat kebolehgunaan dipraktikkan dengan tahap bersetuju min skor 4.13, tiada bukti yang kukuh menunjukkan cara matlamat kebolehgunaan yang ditetapkan digunakan untuk mencapai kebolehgunaan dalam rekaan produk di sepanjang proses. Oleh itu, ketidakpastian timbul dari reka bentuk intuitif, pengutamaan matlamat kebolehgunaan, keseimbangan antara atribut mempengaruhi kebolehgunaan, dan percanggahan pendapat semasa penilaian membawa kesukaran kepada pereka bentuk novis. Selain itu, tidak pernah adanya gabungan hasil penilaian kebolehgunaan daripada pengguna dan pakar dalam kualitatif dan kuantitatif memberikan hasil yang optimum. Kajian ini dijalankan untuk meneroka pendekatan sistematik bermatlamat yang diarahkan. Pendekatan ini adalah untuk menggunakan corak kebolehgunaan untuk membimbing pereka bentuk novis untuk memenuhi matlamat kebolehgunaan yang telah ditentukan dan seterusnya menentukan rekaan prototaip yang terbaik untuk pembangunan berdasarkan keputusan bersama para penilai. Kaedah kajian kes dan eksperimen digunakan untuk menilai pendekatan dengan pereka bentuk novis. Konsep Proses Analisis Hierarki (PAH) disesuaikan dengan menentukan keutamaan matlamat kebolehgunaan melalui pembangunan sistem AHP_ProSUGo bagi pemilihan prototaip berdasarkan matlamat kebolehgunaan. Ia juga bersepadu dengan ujian kebolehgunaan dan rintas semak kognitif untuk mengesahkan keputusan dalam pemilihan prototaip. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan berkenaan dapat menjana banyak idea, dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pereka bentuk novis dalam penggunaan prinsip reka bentuk. Ini telah disahkan dari hasil analisis kandungan menyatakan 5 daripada 7 kumpulan dalam 2 eksperimen mempunyai masalah dalam penggunaan prinsip reka bentuk berbanding dengan kumpulan mengikut pendekatan sistematik. Selain itu, skor tahap bersetuju tinggi iaitu 4.02 mengatakan alatan mengikut pendekatan tersebut membantu mereka membuat keputusan pemilihan prototaip. Prototaip yang dipilih daripada penilai pakar adalah mengikut pendekatan sistematik bermatlamat yang diarahkan, mempunyai kira-kira 60% lebih pola digunakan berbanding dengan reka bentuk prototaip mengikut pendekatan prinsip. Pendekatan ini dijangka membantu pereka bentuk novis menentukan keutamaan matlamat kebolehgunaan yang ditentukan oleh pakar dan memberikan keputusan mutlak dalam gabungan persepsi penilai dalam penilaian perbandingan prototaip.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kebolehgunaan | |
dc.subject | Hierarki | |
dc.subject | Antara muka | |
dc.subject | Sistematik | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Pendekatan sistematik matlamat kebolehgunaan berasaskan proses analisis hierarki dalam reka bentuk dan penilaian antara muka | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 434 | |
dc.identifier.barcode | 002813(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96917+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 614.37 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.