Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513250
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nor Azan, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Wong Seng Yue (P41012) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T04:35:00Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T04:35:00Z | - |
dc.date.issued | 2012-03-15 | |
dc.identifier.other | ukmvital:84747 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513250 | - |
dc.description | Tanggapan pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah sebagai satu subjek yang sukar dan membosankan. Ini adalah kerana pelajar terpaksa menghafal fakta, konsep, masa serta peristiwa lampau yang terdapat dalam buku teks. Ketandusan unsur kreatif, inovatif dan pembaharuan yang berterusan dalam pengajaran sejarah di sekolah. Kaedah pengajaran yang digunakan oleh pengajar juga terlalu berpusatkan guru dan bercorak hafalan. Akibatnya, pelajar berasa jemu dan tidak berminat dalam pembelajaran sejarah. Suatu pendekatan dan persekitaran yang lebih berpusatkan pelajar dan memenuhi keperluan pelajar adalah diperlukan. Pembelajaran Berasaskan Permainan Digital (PBPD) mempunyai kuasa pengaruh untuk menawan dan melibatkan pelajar untuk mempelajari pengetahuan baru. Maka, kajian ini mengkaji PBPD sebagai suatu alternatif untuk pengajaran dan pembelajaran sejarah. Objektif kajian ini adalah untuk mereka bentuk dan menilai kepenggunaan serta keberkesanan Permainan Pendidikan Multimedia Interaktif Sejarah (PPMIS). Metodologi kajian PPMIS adalah berpandukan model Reka Bentuk Berahan-Pembelajaran Berasaskan Permainan Digital (RB-PBPD) yang menggabungkan Model ADDIE dan Model Pembangunan Permainan serta model berarahan 5E. PPMIS dibangun dengan menggunakan perisian Adobe Flash CS3, Adobe Photoshop CS3 dan Poser 7. Penilaian kepenggunaan PPMIS menggunakan kaedah kumpulan fokus yang terdiri daripada enam guru sejarah. Manakala penilaian keberkesanan menggunakan kaedah kuasi-eksperimental menerusi ujian pra dan ujian pasca. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Lembah Klang; kumpulan eksperimen adalah 30 orang pelajar yang menggunakan PPMIS dan kumpulan kawalan pula adalah 30 orang pelajar yang diajar secara konvensional oleh guru sejarah. Data kajian dianalisis menggunakan pakej statistik SPSS versi 17.0. Hasil ujian t tak bersandar menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara markah pencapaian kumpulan kawalan (min markah = 35.80) dan kumpulan eksperimen (min markah = 72.30), iaitu p < 0.05. Kebolehpercayaan instrumen soal selidik kepenggunaan adalah tinggi, α = 0.902. Hasil penilaian kepenggunaan menunjukkan responden memberi pemeringkatan setuju dan sangat setuju dengan kriteria multimedia (min = 4.63), antara muka (min = 4.69), kandungan (min = 4.75), maklum balas (min = 4.70), kemudahgunaan (min = 4.67), imersif (min = 4.57), motivasi (min = 4.70) dan peluang pembelajaran (min = 4.72) dalam PPMIS. Sumbangan penyelidikan ini adalah (i) Model RB-PBPD, metodologi pembangunan PPMIS, (ii) model reka bentuk permainan pendidikan sejarah, (iii) prototaip PPMIS yang menggabungkan komponen permainan dan komponen pedagogi, (iv) instrumen kajian kepenggunaan.,PhD / Doktor Falsafah | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Computer games-Design-Computer program | |
dc.title | Reka bentuk dan penilaian permainan pendidikan multimedia interaktif sejarah (PPMIS) | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 265 | |
dc.identifier.callno | QA76.76.C672.W643 2012 3 | |
dc.identifier.barcode | 002086 | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84747+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.66 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.