Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513236
Title: Model perkongsian pengetahuan bagi pembentukan repositori di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi Institusi Pengajian Tinggi Awam di Lembah Kelang
Authors: Mohd Norhadi Muda (P65612)
Supervisor: Zawiyah Mohammad Yusof, Prof. Dr.
Keywords: Perkongsian pengetahuan
Repositori
Pensyarah IPTA
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Aug-2016
Description: Perkongsian pengetahuan adalah proses pertukaran maklumat di antara dua pihak yang saling bersetuju. Perkongsian pengetahuan dalam kalangan pensyarah dalam Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah bertujuan bagi memelihara pengetahuan. Pemeliharaan pengetahuan boleh dilakukan melalui pembentukan repositori yang sekali gus boleh diguna untuk pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan kolaborasi. Meskipun terdapat model perkongsian pengetahuan dibangun oleh penyelidik lampau namun model tersebut tidak dapat diaplikasi kepada IPTA lantaran perbezaan faktor persekitaran organisasi dan amalan perkongsian pengetahuan selain daripada tidak memfokus kepada pembentukan repositori. Faktor yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan yang menjurus kepada pembentukan repositori perlu diselidiki. Objektif kajian ini adalah membentuk model perkongsian pengetahuan dan mengenal pasti amalan perkongsian dalam kalangan pensyarah di IPTA yang berasaskan kepada kerangka teknologi, organisasi dan persekitaran (TOE). Kajian mengguna pendekatan gabungan kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kuantitatif melibatkan 480 orang responden terdiri daripada pensyarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) IPTA di sekitar Lembah Kelang melalui pengedaran soal selidik. Sejumlah 243 (51%) daripada 480 soal selidik diterima kembali. Data dikumpul dari 1 Ogos 2014 hingga 20 Januari 2015. Data yang dikumpul dianalisis dalam dua peringkat. Peringkat pertama mengguna SPSS versi 21 bagi persediaan awal, pembersihan data dan analisis deskriptif manakala peringkat kedua bertujuan mengesah model mengguna pendekatan Model Persamaan Berstruktur melalui perisian Smart-PLS versi 3.0. Analisis mendapati infrastruktur TMK (faktor TMK), perancangan, dasar dalaman (faktor organisasi), budaya oragnisasi, komunikasi dan amanah (faktor pensyarah) mempunyai hubungan yang signifikan dengan amalan perkongsian pengetahuan. Amalan perkongsian pengetahuan pula mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembentukan repositori dan prestasi dan inovasi pengajaran pensyarah mempunyai hubungan yang signifikan dengan penggunaan semula pengetahuan daripada repositori. Pendekatan kualitatif pula dilakukan mengguna teknik temubual bersama sebelas orang pakar dan hasilnya menunjukkan model yang dibangun adalah relevan dan diterima. Hasil kajian ini dapat menyedia asas kepada IPTA dalam merancang dan menentu hala tuju inisiatif perkongsian pengetahuan dalam kalangan pensyarah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 238
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83256+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
216.76 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.