Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513235
Title: Model hasrat mengguna aplikasi mudah alih penasihatan penyakit tanaman lada hitam
Authors: Shafinah Kamarudin (P56204)
Supervisor: Noraidah Sahari @ Ashaari, Prof. Madya Dr.
Keywords: Aplikasi mudah alih
Penasihatan penyakit
Tanaman lada hitam
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Aug-2016
Description: Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi daripada e-Pertanian kepada m-Pertanian berpotensi menambah baik capaian maklumat pertanian dalam kalangan pekebun kecil lada hitam. Penggunaan m-Pertanian seperti aplikasi mudah alih memberi faedah apabila pengguna menerima dan mengguna aplikasi tersebut. Aplikasi mudah alih adalah satu perisian yang dibangun untuk peranti pegang tangan berkuasa rendah. Tingkah laku hasrat mengguna (THM) adalah faktor yang boleh diguna bagi membuat jangkaan terhadap penggunaan sesebuah teknologi baharu. Namun, kajian hasrat mengguna aplikasi mudah alih dalam domain pertanian masih kurang diterokai. Pada masa yang sama, insiden serangan penyakit tanaman menjejas kualiti dan kuantiti pengeluaran lada hitam, menyebab tanggungan kos kawalan penyakit yang tinggi serta menjejas sumber pendapatan pekebun kecil lada hitam. Pekebun kecil lada hitam turut berhadapan dengan isu mekanisma penasihatan, kurang pengetahuan dan perlu masa yang lama bagi mendapat nasihat yang sesuai. Hal ini membawa kesan negatif terhadap pengurusan penyakit tanaman. Oleh itu, kajian ini membangun sebuah model hasrat mengguna aplikasi mudah alih penasihatan penyakit untuk tanaman lada hitam (m-Naslada), mengesah model hasrat mengguna serta membangun prototaip m-Naslada berdasarkan beberapa faktor daripada model hasrat mengguna. Faktor yang dipertimbangkan pada model kajian adalah Mobiliti, Kesederhanaan, Norma Subjektif, Keserasian, Inovasi Kendiri, Efikasi Kendiri, Kualiti Maklumat, Interaktif, Persepsi Kebergunaan, Persepsi Mudah Guna dan THM. Kaedah kuantitatif dengan instrumen soal selidik baharu diguna bagi mengesah model kajian. Instrumen tersebut dinilai melalui kesahan kandungan dan penilaian model pengukuran mengguna pendekatan Pemodelan Persamaan Berstruktur melalui kaedah Kuasa Dua Terkecil Separa (KDTS). Tinjauan sebenar dilaksana dengan mentadbir instrumen kepada 200 orang pekebun kecil lada hitam di Sarawak. Data diperoleh dianalisis mengguna pendekatan KDTS, ujian analisis kuasa statistik post hoc dan ujian Kebagusuaian Global (KBG). Hasil kajian mendapati faktor Mobiliti, Kesederhanaan, Norma Subjektif, Keserasian, Inovasi Kendiri, Efikasi Kendiri, Persepsi Kebergunaan dan Persepsi Mudah Guna mempengaruhi THM. Berdasarkan ujian analisis kuasa statistik post hoc, pelaksanaan kajian ini didapati memberi impak sebenar kepada populasi pekebun kecil lada hitam. Melalui ujian KBG mendapati model hasrat mengguna boleh dipakai dalam kajian ini. Hasil penilaian prototaip m-Naslada yang dibangun mendapati tahap persepsi THM pekebun kecil lada hitam terhadap aplikasi m-Naslada berada pada tahap tinggi. Model dan instrumen kajian boleh menjadi indikator bagi mengukur THM aplikasi mudah alih untuk domain pertanian. Aplikasi mudah alih seperti m-Naslada boleh diketengah sebagai salah satu usaha dalam memperkasa sektor pertanian.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 237
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83255+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
124.93 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.