Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513218
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nor Azan Hj Mat Zin, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Norizan Mat Diah (P58737) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T04:34:45Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T04:34:45Z | - |
dc.date.issued | 2016-03-16 | |
dc.identifier.other | ukmvital:82195 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513218 | - |
dc.description | Tulisan Jawi kurang digunakan dan mula diabai oleh generasi muda kerana menganggapnya sukar dipelajari. Kaedah menulis Jawi yang diajar sekarang tidak menarik dan tidak memotivasikan. Kanak-kanak lebih lemah dalam penguasaan kemahiran menulis Jawi berbanding dengan membaca Jawi. Kemahiran menulis Jawi sepatutnya bermula pada peringkat kanak-kanak, secara sistematik dan menyeronokkan dengan bantuan teknologi. Justeru, kajian ini meneroka pendekatan yang menyeronokkan dan bersesuaian dengan generasi digital, iaitu permainan digital. Kelebihan permainan digital yang interaktif dicadang untuk melatih kemahiran menulis aksara Jawi. Objektif kajian ialah mereka bentuk kerangka kerja maklum balas masa nyata proses menulis aksara Jawi dalam persekitaran permainan digital, mengimplementasikan kerangka kerja dengan membangunkan prototaip permainan digital dan mengesah kerangka kerja kajian dengan menilai ketepatan maklum balas masa nyata prototaip permainan. Kaedah kajian meliputi fasa analisis yang mana kerangka kerja dihasilkan, meliputi teori dan strategi pengajaran menulis, elemen permainan digital dan teknik maklum balas permainan. Tinjauan melalui soal selidik terhadap guru dijalankan bagi mengesah proses pengajaran menulis yang telah dikenal pasti. Kerangka kerja konseptual diimplementasi dalam prototaip permainan. Pembangunan prototaip melalui tiga fasa, iaitu pra-produksi, produksi dan pasca produksi. Prototaip dibangunkan menggunakan peranti mudah alih (tablet) dan pen stilus sebagai peranti input. Terdapat 32 aksara Jawi yang dibahagikan kepada 16 kumpulan aksara mengikut cara pembentukan. Ketepatan maklum balas prototaip diuji mengikut kaedah analisis perbandingan antara prototaip dengan pakar. Hasil kajian adalah kerangka kerja MBPDJAWI yang terdiri daripada komponen utama, iaitu proses menulis Jawi (menyurih, menyalin dan mencetak aksara) dan kaedah kemahiran (pengulangan, maklum balas dan pengukuhan) serta elemen permainan (matlamat, peraturan, cabaran, maklum balas dan fantasi). Hasil lain kajian ialah reka bentuk permainan dan antara muka prototaip permainan digital Jawi (PDJAWI) yang memberi maklum balas masa nyata menggunakan templat padanan. Penilaian teknik maklum balas menunjukkan persetujuan ketepatan antara prototaip dengan pakar adalah melebihi 50% dan skor Krippendorff melebihi skor minimum 0.70. Ini bermakna maklum balas prototaip PDJAWI menghampiri ketepatan maklum balas manusia. Justeru, PDJAWI boleh diguna pakai untuk melatih pelajar menulis aksara Jawi dalam persekitaran permainan yang menyeronokkan. Sumbangan kajian ialah kerangka konseptual PDJAWI, teknik maklum balas masa nyata dan reka bentuk antara muka PDJAWI.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Tulisan jawi | |
dc.subject | Permainan digital | |
dc.subject | Teknik maklum balas | |
dc.subject | Templat padanan | |
dc.subject | Application program interfaces (Computer software) | |
dc.title | Kerangka kerja maklum balas masa nyata proses menulis aksara Jawi menggunakan templat padanan dalam persekitaran permainan digital | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 223 | |
dc.identifier.callno | QA76.76.A63N67 2016 3 tesis | |
dc.identifier.barcode | 2310(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82195+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 465.2 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.