Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513217
Title: | Resolusi anafora artikel Bahasa Melayu berasaskan pengetahuan terhad dan kelas semantik |
Authors: | Noorhuzaimi@Karimah Mohd Noor (P47842) |
Supervisor: | Shahrul Azman Noah, Prof. Dr. |
Keywords: | Resolusi anafora Bahasa Melayu Kata ganti nama Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 19-Aug-2016 |
Description: | Resolusi anafora (RA) merupakan suatu proses penyelesaian rujukan yang melibatkan kata ganti nama (KGN). Ia merupakan fenomena yang berlaku dalam setiap bahasa dan memerlukan kepakaran manusia atau petua tertentu dalam menyelesaikannya. RA merupakan antara proses yang mampu meningkatkan kemampuan aplikasi pemprosesan bahasa tabii seperti sistem soal-jawab, perlombongan teks, peringkasan dokumen, dan pengekstrakan maklumat. Terdapat banyak kajian dilaksanakan oleh pengkaji terdahulu namun ianya hanya diselesaikan untuk bahasa tertentu seperti bahasa Inggeris, Jepun, dan Norwegian. Berdasarkan kajian yang dibuat hampir tiada atau sedikit sahaja kajian RA yang dibuat dalam bahasa Melayu (BM). Matlamat penyelidikan ini adalah untuk menyelesaikan fenomena rujukan KGN bagi bahasa Melayu menggunakan pengetahuan terhad dan model pelabelan kelas semantik. Bagi mencapai matlamat ini, satu rangka kerja resolusi untuk BM telah dihasilkan sebagai panduan dalam menyelesaikan masalah rujukan ini. Sementara itu, penentuan jenis KGN nya juga diselesaikan dengan mengguna petua dan jujukan perkataan setara dan perkataan saringan hasil daripada model pelabelan kelas semantik. Proses ini perlu kerana penggunaan KGN nya merupakan KGN yang paling tinggi digunakan dalam artikel BM iaitu sebanyak 68% berbanding dengan KGN lain yang bergantung kepada sosiologi entiti yang dirujuk. Penentuan calon entiti yang dirujuk atau anteseden juga merupakan proses yang penting dan perlu dititik beratkan. Antara calon anteseden tersebut yang perlu diambil kira adalah kata nama khas (KNK) dan kata nama am (KNA). Dalam menentu KNK sebagai calon anteseden dua proses perlu dilakukan iaitu memproses pengecaman KNK yang mengandungi perkataan ‘dan’ dan simbol iaitu koma (,) dan proses yang kedua penentuan kelas semantik ke atas calon tersebut bagi menentukan sosiologi entiti nama tersebut. Penggunaan gazetir sebahagian KNK digunakan. Penilaian ke atas pelbagai bentuk KNK dijalankan dengan menggunakan 60 artikel BM. Perbandingan keputusan yang dihasilkan dengan data yang telah ditanda oleh pakar BM dilakukan bagi mendapat hasil ketepatan dan dapatan semula. Keputusan menunjukkan bahawa pengecaman dapat dilakukan dengan nilai purata ketepatan berjumlah 85% dan purata dapatan semula bernilai 90%. RA dengan mengguna pengetahuan terhad yang diadaptasi dalam kerangka kerja yang dibina memberi keputusan 18.79% kadar kejayaan lebih baik dibandingkan daripada hasil yang didapati jika menggunakan pendekatan generik Mitkov dan Lappin.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 196 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82191+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 270.02 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.