Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513216
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Juhana Salim, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Siti Istianah Mahdzur (P65603) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T04:34:45Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T04:34:45Z | - |
dc.date.issued | 2016-08-17 | |
dc.identifier.other | ukmvital:82188 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513216 | - |
dc.description | Kelestarian Sistem Maklumat (KSM) didefinisikan sebagai pelaksanaan dan reka bentuk sistem maklumat (SM) yang menyumbang kepada kelestarian proses kerja organisasi. KSM memberi faedah dalam pelaksanaan Sistem Maklumat Berintegrasi (SMB) dan kelestarian proses kerja organisasi terutamanya dalam penjajaran matlamat strategik organisasi semasa proses transformasi. Perubahan sistem kerja semasa transformasi e-Kerajaan kepada Kerajaan Pintar di Malaysia memberi peluang kepada organisasi merealisasikan faedah KSM menerusi pendigitalan repositori pengetahuan digital yang mengintegrasikan automasi proses kerja dan pertukaran data elektronik. Kajian terdahulu gagal memanfaatkan faedah perubahan sistem kerja dan kurang peka terhadap keperluan kelestarian dalam pelaksanaan SMB. Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan Model SMB yang berupaya merealisasikan faedah KSM dalam proses transformasi perkhidmatan kerajaan. Objektif kajian adalah untuk memahami anteseden serta hubungan faktor SMB dan faedah KSM. Teori Sistem Kerja, Belief- Action-Outcome,Teori Berasaskan Pengetahuan dan Teori Difusi Inovasi telah mengilhamkan idea bahawa kepercayaan perancang strategik organisasi terhadap keupayaan pengetahuan organisasi dan perubahan sistem kerja SMB akan mempengaruhi tindakan organisasi untuk merealisasikan faedah KSM. Dua puluh dua hipotesis telah dijana daripada lima persoalan kajian. Pengumpulan data dilaksanakan antara Mei hingga September 2015 melalui edaran soal selidik. 179 soal selidik lengkap diterima daripada ketua pegawai maklumat, pakar proses kerja, juru audit SM, pengurus projek teknikal SM dan pereka bentuk SM yang sentiasa menggunakan SM e-kerajaan. Teknik Permodelan Persamaan Berstruktur dan faktor analisis digunakan untuk menganalisa data. Kesemua 22 hipotesis adalah disokong. Dapatan analisis menunjukkan 12 anteseden mempengaruhi secara langsung keempat-empat faktor penentu SMB iaitu kolaborasi perancang strategik proses kerja dan SM, perubahan operasi organisasi (OOC) dan sistem memori organisasi (OMS). Hasil kajian mendapati, untuk melaksanakan SMB, OOC dan OMS hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu. Sementara itu, pelaksanaan SMB hanya berupaya meramal prestasi transformasi perkhidmatan dan keupayaan KSM sekiranya hubungan tersebut melalui separa pengantaraan OCC dan OMS. Penemuan ini dipersetujui oleh lima orang pakar SMB yang ditemu bual. Triangulasi analisis kandungan dan penemuan empirik dilaksanakan bagi menguji kesahan Model SMB dalam mengukur dan meramal faedah KSM. Model SMB dapat meramal keupayaan pelaksanaan SMB sebagai faktor utama selain OOC dan OMS dalam merealisasikan transformasi dan keupayaan KSM. Kajian ini memberikan perspektif berbeza kepada perancang strategik proses kerja dan SM dalam merancang strategi dan mengaplikasikan SMB dengan lebih baik untuk mencapai faedah kelestarian semasa proses transformasi. Secara teori, kajian ini menyumbang kepada perluasan anteseden dan hubungan SMB dan KSM daripada perspektif sosial dan organisasi. Kelemahan OOC dan OMS untuk menjelaskan fenomena pelaksanaan SMB boleh ditambah baik dengan mengkaji portfolio SMB berdasarkan perkhidmatan dan mengkategorikan OMS berdasarkan pengetahuan berbentuk dokumen atau berorientasikan data transaksi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Sistem maklumat berintegrasi | |
dc.subject | Kelesterian proses kerja | |
dc.subject | Sektor awam | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Model pelaksanaan sistem maklumat berintegrasi untuk kelestarian sistem maklumat organisasi di sektor awam | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 431 | |
dc.identifier.barcode | 2303(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82188+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 865.62 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.