Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513212
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohammad Khatim Hasan, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNurhafizah Moziyana Mohd Yusop (P59545)
dc.date.accessioned2023-10-16T04:34:43Z-
dc.date.available2023-10-16T04:34:43Z-
dc.date.issued2016-04-14
dc.identifier.otherukmvital:82169
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513212-
dc.descriptionBagi menyelesaikan pelbagai masalah kompleks dalam alam sekitar, dalam bidang kejuruteraan serta bidang sains komputer khususnya, pelbagai perkembangan intensif dalam domain kaedah berangka giat dijalankan. Ini kerana kaedah berangka diguna secara meluas dalam penyelesaian masalah yang mungkin dapat dihuraikan dalam bentuk persamaan pembezaan. Penggunaan teknologi komputer dalam kaedah berangka dapat membantu penyelidik menyelesaikan masalah aplikasi dengan pantas, terutamanya dalam bidang sains fizikal. Objektif utama kajian ini ialah untuk mencadangkan beberapa skema yang boleh menyelesaikan masalah persamaan terbitan biasa (PTB). Kebiasannya, skema Euler digunakan untuk menyelesaikan PTB. Skema ini dianggap sebagai yang termudah kerana ianya hanya skemasatu langkah. Namun demikian, para penyelidik lebih cenderung memilih skema yang lebih kompleks dari meneroka kemungkinan menggunakan skema satu langkah disebabkan batasannya. Skema satu langkah seperti Euler berkemungkinan menggunakan saiz langkah yang terlalu kecil untuk memberi nilai jawapan yang terdekat dengan penyelesaian sebenar. Umumnya, pemilihan saiz langkah yang terlalu kecil mungkin memberi kesan negatif kepada kerumitan skema dan juga boleh menyebabkan ketidakstabilan kepada skema tersebut. Namun demikian, kelebihan yang dimiliki oleh skema sebegini mendorong kepada cetusan idea bagi menjayakan dan membentangkan tesis ini. Dengan menggunakan skema Euler sebagai faktor penyumbang, dan dengan menerapkan skema Poligon (P), Euler Aritmetik (EA) serta konsep purata, empat skema baru diperkenalkan. Empat skema tersebut boleh dikelaskan sebagai Euler Terubah suai (ET) yang terdiri daripada Poligon Harmonik (PH), Poligon Kontraharmonik (PK), Euler Harmonik (EH) dan Euler Kontraharmonik (EK). Bagi mengatasi masalah pemilihan saiz langkah yang kecil dalam skema Euler, tesis ini melaksanakan Skema Beza Terhingga Tidak Piawai (SBTTP), yang diterapkan ke dalam skema ET yang asal. Dengan menggunakan SBTTP ke atas empat skema dari ET yang baru dicadangkan, ia mampu menjana 22 gabungan skema-skema baru yang boleh digunakan di dalam situasi yang berlainan. Kesemua skema yang dicadangkan di dalam tesis ini diuji dengan menggunakan 30 PTB. Bahasa pengaturcaraan Scilab 5.4 dipilih untuk melaksanakan pengujian. Sebanyak tiga saiz langkah berbeza dipertimbangkan dalam pengujian tersebut untuk menilai kesan setiap satu terhadap kejituan, kepantasan dan kekompleksan setiap skema cadangan. Tambahan pula, skema-skema baru ini turut dibandingkan dengan skema asal, khususnya dalam kes skema P dan EA yang dijalankan melalui pengujian keputusan berangka. Kesemua skema yang dicadangkan turut dinilai daripada segi kejituan, kepantasan dan kerumitan, yang mengesahkan kelebihan setiap skema. Secara keseluruhan, didapati bahawa skema-skema yang dicadangkan menunjukkan prestasi yang lebih baik dari segi kejituan, kepantasan dan kekompleksan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectAlgoritma Euler
dc.subjectSkema satu langkah
dc.subjectSkema Euler
dc.subjectDifferential equations
dc.titleAlgoritma Euler terubahsuai baharu menggunakan skema beza terhingga tidak piawai dalam persamaan terbitan biasa
dc.typeTheses
dc.format.pages175
dc.identifier.callnoQC20.7.D5N834 2016 tesis
dc.identifier.barcode2284(2016)
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82169+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
527.37 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.