Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513205
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Razak Abdul Hamdan, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Munaisyah Abdullah (P41004 ) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T04:34:42Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T04:34:42Z | - |
dc.date.issued | 2012-03-12 | |
dc.identifier.other | ukmvital:82003 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513205 | - |
dc.description | Model pengoptimuman untuk perancangan pembalakan (THP) digunakan untuk membentuk kawasan pembalakan berdasarkan fungsi objektif untuk memaksimumkan hasil pembalakan (HVol), tertakluk kepada kekangan berkaitan dengan polisi pembalakan. Kebanyakan model pengoptimuman THP yang dilaporkan adalah berdasarkan pembalakan menyeluruh (CC) dan tertakluk kepada kekangan bersebelahan bagi menggelakkan pendedahan hutan dengan keluasan yang melampau. Walaupun begitu, kekangan ini boleh mengurangkan HVol dengan mengehadkan kawasan berpotensi untuk pembalakan. Seterusnya, model pengoptimuman THP berdasarkan pembalakan terpilih (SC) yang menggambarkan kaedah pembalakan di negara tropika, didapati kurang dilaporkan di dalam literatur. Maka, objektif kajian ini ialah: (i) membangunkan model untuk mengira HVol dan pokok rosak (DmgT) berdasarkan kaedah pembalakan SC dan CC. Model SC melaksanakan pendekatan pengecualian penebangan untuk memenuhi nilai minimum pokok simpanan yang dibenarkan; (ii) memodelkan pembalakan terpilih, SC, dan pembalakan menyeluruh, CC, dengan fungsi objektif untuk memaksimumkan HVol, tertakluk kepada nilai maksimum HVol yang dibenarkan dalam setiap tempoh perancangan dan nilai terkecil DmgT sebagai kekangan keras (Hd) ataupun sebagai kekangan lembut (Sf); (iii) memodelkan pembalakan terpilih yang melaksanakan pendekatan sistem pengurusan terpilih (SMS) dan tidak merangkumi pengoptimuman dalam proses membentuk kawasan pembalakan (M0) dan (iv) membangunkan teknik penyelesaian model perancangan pembalakan. Dengan itu, kajian ini dibahagikan kepada empat fasa: kajian literatur, membangunkan model, membangunkan teknik penyelesaian model dan pengujian serta penilaian model. Proses pembangunan model THP dibahagikan kepada dua peringkat: (a) pemprosesan awal untuk mengira HVol dan DmgT dan (b) pembentukan kawasan pembalakan dengan merangkumi pendekatan pengoptimuman ataupun tanpa pengoptimuman. Model tanpa pengoptimuman dikenali sebagai M0SMS digunakan sebagai dasar perbandingan kepentingan pengoptimuman. Model pengoptimuman ialah HdSC, HdCC, SfSC dan SfCC. Empat eksperimen dijalankan iaitu untuk mengira HVol dan DmgT, menguji model pengoptimuman THP yang sesuai digunakan di negara tropika, mengkaji impak merangkumi pengoptimuman dalam membentuk kawasan pembalakan, dan menguji teknik yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan model yang dibangunkan. Eksperimen diuji menggunakan data yang diperoleh dari hutan simpan Bintang Hijau (7_blok) dan data buatan (30_blok). Hasil eksperimen menunjukkan model SC menghasilkan nilai DmgT yang lebih rendah, namun di dalam sesetengah kes, model CC boleh menghasilkan HVol yang lebih tinggi. Seterusnya, model pengoptimuman HdSC menghasilkan HVol yang tertinggi dengan nilai DmgT yang lebih kecil berbanding dengan model pengoptimuman yang lain. Model HdSC juga dapat menghasilkan lebih banyak blok yang boleh dipilih untuk pembalakan dan dapat menghasilkan HVol yang lebih tinggi berbanding dengan model M0SMS. Hasil eksperimen juga menunjukkan teknik MCP boleh digunakan untuk menyelesaikan model HdSC yang melibatkan jumlah blok yang kurang daripada 10, manakala jika jumlah blok bertambah, teknik SA lebih sesuai digunakan. Sebagai kesimpulan, model HdSC boleh digunakan untuk menghasilkan pelan pembalakan bagi membantu dalam kerja pengawasan aktiviti pembalakan di negara tropika.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Model pengoptimuman THP | |
dc.subject | Pembalakan | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Model pengoptimuman berdasarkan penebangan terpilih untuk perancangan pembalakan | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 252 | |
dc.identifier.callno | T58.6 .M858 2012 | |
dc.identifier.barcode | 001612 | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82003+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.52 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.