Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500676
Title: Pengenalpastian lokus berciri kuantitatif bagi komponen kualiti tandan dalam populasi Dura x Pisifera terpilih
Authors: Siti Hazirah Zolkafli (P63268)
Supervisor: Ismanizan Ismail, Prof
Keywords: Kelapa sawit
Kualiti tandan.
Dura
Pisifera
Palms.
Issue Date: 26-Jun-2015
Description: Kelapa sawit merupakan tanaman komersial yang ditanam secara meluas di Malaysia. Biakbaka sawit adalah salah satu daripada bidang penyelidikan yang dijalankan bertujuan menambahbaik hasil minyak sawit serta menghasilkan produk bernilai tinggi seperti karotena, asid oleik, minyak isirung dan vitamin E. Pengunaan penanda molekul seperti SSR dan SNP boleh meningkatkan keefisienan pemilihan dalam proses biakbaka konvensional seterusnya, memendekkan tempoh biakbaka dan mengurangkan kos menjalankan ujian progeni. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti penanda yang berinformatif bagi populasi sawit terpilih seterusnya mengenalpasti lokus berciri kuantitatif berkait dengan komponen kualiti tandan. Dalam kajian ini, penanda SSR dan SNP telah digunakan untuk membentuk peta rangkaian genetik bagi dua induk sawit terpilih iaitu Dura (EPA0804) dan Pisifera(EPA1203). Lokus berciri kuantitatif (QTL) telah ditentukan menggunakan kedua-dua peta tersebut dan juga maklumat fenotip progeni DxP nya. Sebanyak 221 daripada 325 SSR dan 1542 daripada 4451 SNP telah dikenalpasti berinformatif pada 161 individu F1 DxP. Progeni asing dalam sampel populasi dikesan menggunakan kaedah pengenotipan penjujuk berkapilari dan kaedah radioaktif. Analisis induk dijalankan menggunakan perisian Cervus 3.0. Sebanyak 22 individu telah dikenal pasti sebagai progeni asing berdasarkan nilai LOD trio anak-pasangan induk dan dikeluarkan daripada analisis selanjutnya. Selain itu, analisis frekuensi alel turut dilakukan menggunakan perisian ini. Data genotip kemudiannya diintegrasi dalam perisian JoinMap v4.0 dengan kekerapan rekombinasi <0.15. Walaubagaimanapun, hanya 59 SSR dan 1419 SNP berjaya dipetakan dalam 16 kumpulan rangkaian untuk kedua-dua induk dengan jumlah jarak genetik 2085.60 cM. Peta EPA1203 Pisifera adalah lebihpadat dengan jumlah jarak 2173.49 cM dengan 1134 penanda berbanding EPA0804 Dura dengan jarak 1518.88 cM dengan hanya 641 penanda. Data lapangan yang dianalisis menggunakan perisian SPSS16.0 menunjukkan kesemua ciri yang dikaji mempunyai taburan normal berdasarkan Kolmogorov-Smirnov dengan nilai kebarangkalian alfa >0.05. Analisis korelasi klasik Pearson mengenalpasti korelasi positif yang signifikan pada p<0.05 dan 0.01 antara BNO dan FFB. Selain itu, KTF menunjukkan korelasi negatif yang signifikan dengan OY dan STF dengan MTF. QTL untuk komponen kualiti tandan dikenalpasti melalui pemetaan "Interval" menggunakan perisian MapQTL6. Nilai ambang LOD ditentukan untuk setiap ciri menggunakan ujian pilih atur. QTL telah dikesan untuk nisbah mesokarpa/buah, kernel/buah dan kernel/tandan pada kumpulan rangkaian DP14. QTL bagi nisbah tempurung/buah dikesan pada kumpulan rangkaian DP4 manakala hasil minyak pada kumpulan rangkaian DP1. Selain itu,QTL bagi berat buah dan buah/tandan dikenalpasti pada kumpulan DP8. QTL yang dikesan amat penting untuk mengenalpasti kawasan pada genom atau gen yang mengawal trait kompleks seterusnya memudahkan proses pemilihan sawit yang menghasilkan ciri yang diingini.,Ph.D
Pages: 121
Call Number: QK495.P17 S538 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81704+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.18 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.