Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500669
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorProf. Madya Dr. Abdul Ghafur bin Ahmad
dc.contributor.authorSim Siaw Wei
dc.date.accessioned2023-10-13T09:47:35Z-
dc.date.available2023-10-13T09:47:35Z-
dc.date.issued2012-12-04
dc.identifier.otherukmvital:71394
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500669-
dc.descriptionPersembahan monoid campuran merupakan suatu persembahan dihasilkan melalui gabungan konsep persembahan kumpulan relatif dan persembahan monoid relatif, dan ditulis dalam bentuk .At = [a, t; 5, f]. Kenirsferaan persembahan monoid campuran, .At adalah merujuk kepada keadaan tidak wujud sebarang gambar sfera yang tertakrif terhadap.At. Dalam kajian kenirsferaan tentang persembahan monoid campuran yang dijalankan oleh penyelidik sebelum ini, beberapa ujian atau kaedah telah dikemukakan untuk mengenal pastikan sifat nirsfera bagi.At. Ujian-ujian yang telah diperkenalkan ialah kaedah gambar geometri, ujian graf kiri dan graf kanan, serta ujian pemberat teritlak. Walau bagaimanapun, setiap ujian tersebut mempunyai had penggunaan tertentu seperti yang dibincangkan dalam tesis ini. Oleh itu, salah satu daripada objektif kajian penyelidikan ini adalah untuk membina ujian baharu yang boleh digunakan untuk menambah baik hasil kajian kenirsferaan persembahan monoid campuran. Ujian baharu ini merupakan gabungan konsep ujian agihan lengkungan dan konsep stratifikasi gambar monoid. Dalam kajian kes yang dijalankan, sifat nirsfera persembahan monoid campuran diuji secara berperingkat dengan kaedah gambar geometri, ujian graf kiri dan graf kanan, dan disusuli dengan ujian agihan lengkungan teritlak. Berdasarkan hasil kajian yang diperoleh, ujian baharu ini didapati berupaya menentukan kenirsferaan persembahan monoid campuran yang tidak dapat ditentukan dengan kaedah gambar geometri dan ujian pemberat teriltak. Persembahan monoid campuran yang dikatakan bersifat nirsfera juga mempunyai sifat p-Cockcroft, iaitu nilai jumlah nilai eksPR (P) = 0, dengan REf dan P ialah semua gambar sfera yang tertakrif terhadap.At. Oleh itu, kajian kes yang dijalankan adalah bertujuan mengkaji sifat P -Cockcroft untuk persembahan monoid campuran tidak bersifat nirsfera. Kaedah graf persembahan monoid campuran telah digunakan untuk membantu menentukan nilai eksp s (P) serta ciri-ciri p-Cockcroft untuk hasil darab bebas, hasil darab langsung dan hasil darab semi langsung antara persembahan monoid campuran. Hasil kajian kes yang diperoleh menunjukkan sifat p-Cockcroft untuk hasil darab bebas, hasil darab langsung dan hasil darab semi langsung adalah ditentukan oleh sifat cockcroft persembahan monoid campuran induknya.,Doktor Falsafah
dc.language.isoeng
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectNirsfera
dc.subjectCockcroft
dc.subjectMonoid Campuran
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleSifat Nirsfera dan Cockcroft untuk Persembahan Monoid Campuran
dc.typeTheses
dc.format.pages107
dc.identifier.callnoQA182.S585 2012 tesis
dc.identifier.barcode002835 (2012)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71394+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
812.04 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.