Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500661
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorTukimat Lihan, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorTaherah Mohd Taher (P85514)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:47:26Z-
dc.date.available2023-10-13T09:47:26Z-
dc.date.issued2021-09-30
dc.identifier.otherukmvital:130740
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500661-
dc.descriptionFragmentasi hutan berlaku kesan daripada perubahan guna tanah iaitu daripada guna tanah hutan kepada guna tanah lain. Pelan Induk Central Forest Spine (CFS) dan rangkaian ekologi diperkenalkan untuk mengatasi impak fragmentasi hutan di Semenanjung Malaysia. Kawasan kajian tertumpu pada Hutan Simpan Ulu Jelai yang terletak dalam Kompleks Hutan Banjaran Utama serta mempunyai tiga rangkaian ekologi di sekitarnya (PL1, PL3 dan PL6). Aktiviti pembangunan yang semakin meningkat menyumbang kepada kehilangan dan fragmentasi habitat hidupan liar di kawasan kajian. Oleh itu, kajian dijalankan untuk meramal kawasan yang berpotensi sebagai habitat dan koridor lintasan hidupan liar bagi spesies seladang, gajah dan tapir serta menilai fungsi rangkaian ekologi dalam kawasan kajian. Parameter sekitaran yang merangkumi ciri-ciri bentuk muka bumi, jenis guna tanah dan jenis litologi digunakan dalam analisis entropi maksimum bagi mendapatkan habitat yang sesuai. Analisis kos minima digunakan dalam ramalan koridor lintasan hidupan liar di antara dua fragmen habitat terpilih. Kesan pembangunan terhadap rangkaian ekologi serta kaedah mitigasinya dinilai menggunakan Indeks Fungsi Rangkaian Ekologi (FLI). Pemodelan habitat menunjukkan bahawa kawasan hutan tanah rendah yang mempunyai sumber air, berkesesuaian tinggi sebagai habitat namun pembangunan di sekitarnya menghalang taburan yang lebih luas dan menghasilkan kurang daripada 30% habitat yang sesuai bagi ketiga-tiga spesies. Fragmentasi habitat akibat pembinaan jalan raya pula dapat dihubungkan melalui 3 lokasi ramalan koridor iaitu di Sungai Yu, Sungai Koyan dan Hutan Simpan Persit. Pembangunan semasa juga menyebabkan kemerosotan fungsi rangkaian ekologi di mana PL1 dan PL6 dinilai sebagai tidak baik (kelas 4) manakala PL3 dinilai sebagai sangat tidak baik (kelas 5). Fungsi PL6 menurun (kelas 5) seiring dengan pertambahan pembangunan disebabkan oleh kehilangan hutan dan habitat dalam rangkaian. Kesemua PL dalam kawasan kajian memperolehi status yang rendah lalu perlu dipindahkan ke kawasan lain. Pendekatan kajian adalah penting dalam konservasi habitat dan laluan hidupan liar serta pelaksanaan pelan pembangunan yang mampan.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectWildlife conservation -- Malaysia
dc.subjectForest management -- Malaysia
dc.subjectWildlife management areas -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKesan pembangunan terhadap taburan habitat dan rangkaian ekologi bagi tiga spesies mamalia terancam di kompleks hutan banjaran utama, Semenanjung Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages204
dc.identifier.callnoQL84.5.M4T334 2021 tesis
dc.identifier.barcode006882(2022)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130740+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.