Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500634
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorbert Simon, Dr.-
dc.contributor.authorMuhammad Fahmi Abdul Ghani (P80757)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:46:58Z-
dc.date.available2023-10-13T09:46:58Z-
dc.date.issued2022-09-03-
dc.identifier.otherukmvital:130606-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500634-
dc.descriptionPerbukitan batu kapur membentuk landskap muka bumi yang unik dan indah. Namun begitu, disebabkan oleh pelarutan kalsit oleh air, perbukitan batu kapur sering terdedah kepada ancaman jatuhan batuan berdasarkan kepada kehadiran struktur kekar yang ekstensif dan retakan. Kajian mengenai jarak penjalaran serta tahap kemudahterancaman jatuhan batuan amat jarang di bincangkan pengkaji terdahulu di mana maklumat ini amat berguna bagi menilai impak bencana jatuhan batuan kepada masyarakat sekitar. Kajian ini terarah kepada tiga objektif utama. Objektif pertama adalah mengenal pasti tahap kestabilan cerun batu kapur, kedua bagi menentukan tahap penjalaran jatuhan batuan dan ketiga adalah mengenal pasti tahap kemudahterancaman jatuhan batuan. Bagi mencapai kesemua objektif tersebut, kajian ini dipecahkan kepada tiga fasa. Fasa pertama adalah bagi menentukan tahap kestabilan cerun melalui pengumpulan maklumat kekuatan bahan, parameter-parameter jatuhan batuan dan struktur cerun di lapangan dan juga makmal. Fasa kedua pula, tertumpu kepada aspek penentuan potensi sumber jatuhan batuan dengan menggunakan kaedah persilangan antara dua lineamen dan penghasilan peta penjalaran jatuhan batuan. Model penjalaran jatuhan menggunakan perisian Flow-R dan Trajec-3D dihasilkan menggunakan parameter yang dihasilkan pada fasa pertama dan sumber jatuhan batuan yang dihasilkan pada fasa kedua. Akhir sekali bagi fasa ketiga pula, peta kemudahterancaman jatuhan di Lembah Kinta dihasilkan berdasarkan peta penjalaran yang dihasilkan pada fasa kedua. Lengkung kemudahterancaman berdasarkan tenaga yang terhasilkan akibat jatuhan batuan juga dihasilkan. Menerusi kajian ini, hasil kajian pada tahap pertama mendapati tahap kestabilan cerun secara amnya berada dalam julat Baik (73) –Sangat Baik (83) berdasarkan kepada perkadaran RMRasas. Namun begitu, berdasarkan ujian fizikal yang dijalankan, peratusan nilai keporosan yang tinggi mengakibatkan nilai kekuatan bahan tersebut menjadi lemah. Hasil kajian pada tahap kedua juga menunjukkan terdapat 633 potensi sumber jatuhan batuan di perbukitan batu kapur Lembah Kinta. Seterusnya, penjalaran jatuhan batuan yang dijalankan menerusi perisian Flow-R dan Trajec-3D secara amnya mendapati tahap penjalaran adalah sekitar dua kali ganda dari ketinggian sumber jatuhan batuan. Manakala magnitud tenaga jatuhan batuan adalah dalam julat 1 × 10-5 kJ – 48.34 kJ. Menerusi model tenaga penjalaran jatuhan batuan yang dijalankan, sebanyak 373 buah bangunan dikenal pasti akan terjejas sekiranya berlaku jatuhan batuan. Akhir sekali, lengkung kemudahterancaman jatuhan batuan Lembah Kinta dihasilkan dengan julat nilai kemudahterancaman adalah antara 0.01 – 0.6. Pengelasan kemudahterancaman yang diperoleh dalam kajian ini dapat digunakan bagi kajian lanjutan dalam menilai impak kemusnahan yang bakal berlaku terhadap infrastruktur yang terjejas dan seterusnya dapat merangka langkah-langkah mitigasi yang perlu pada kawasan yang terjejas. Di samping itu juga, maklumat penjalaran dan kemudahterancaman bagi setiap infrastruktur yang terlibat mampu memberi maklumat awal kepada pemegang taruh, agensi insurans serta masyarakat sekitar yang terdedah kepada bahaya jatuhan batuan.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectLimestone-
dc.subjectRocks-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKemudahterancaman jatuhan batuan di Lembah Kinta, Perak-
dc.typeTheses-
dc.format.pages419-
dc.identifier.callnoTN967.M834 2022 tesis-
dc.identifier.barcode006837(2022)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130606+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
20.33 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.