Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500625
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZaidi Isa, Prof. Dr.
dc.contributor.authorRoslah Arsad (P90279)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:46:47Z-
dc.date.available2023-10-13T09:46:47Z-
dc.date.issued2022-10-02
dc.identifier.otherukmvital:130597
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500625-
dc.descriptionAnalisis DuPont. Kadar nisbah pulangan keuntungan kepada para pelabur atau dikenali sebagai pulangan terhadap ekuiti (PTE) dijadikan sebagai pengukur untuk menilai prestasi syarikat. Sebuah syarikat dikatakan dapat memberikan pulangan yang tinggi kepada para pelabur syarikatnya, jika syarikat tersebut mempunyai PTE yang tinggi. Oleh itu, syarikat yang mempunyai PTE tertinggi dianggap sebagai syarikat terbaik dan diletakkan pada pangkat tertinggi. Menariknya, kajian ini dapat mengenal pasti faktor-faktor yang merendahkan nilai PTE, apabila komponen-komponen yang terlibat dalam pengiraan, iaitu, margin keuntungan bersih, pusingan aset, dan ekuiti pengganda, dibandingkan. Namun analisis ini mudah untuk dimanipulasikan dan kurang praktikal kerana hanya menggunakan satu nisbah sahaja bagi menilai prestasi sesebuah syarikat. Sebagai alternatif kepada Analisis DuPont, Analisis Penyampulan Data (APD) (Model CCR) boleh menilai saham syarikat berdasarkan pelbagai jenis input dan output, melalui konsep kecekapan. Kaedah Kecekapan Super digunakan untuk memeringkatkan saham-saham syarikat yang memperoleh skor kecekapan penuh (100% atau 1). Namun, kaedah ini tidak mengambil kira faktor rawak, mengakibatkan pengiraannya menjadi kurang tepat. Faktor rawak di luar kawalan pengeluar (syarikat) seperti masalah ekonomi, wabak penyakit, cuaca, ketidakstabilan politik, dan kerosakan mesin juga memainkan peranan dalam ketidakcekapan pengeluaran syarikat. Faktor rawak ini perlu diasingkan daripada pengiraan ketidakcekapan teknikal syarikat. APD menganggap bahawa jarak prestasi sebenar syarikat dengan batas cekap adalah hanya disebabkan oleh masalah ketidakcekapan syarikat itu sendiri dalam menguruskan inputnya bagi mencapai output (PTE). Justeru, Analisis Perbatasan Stokastik (APS) didapati dapat mengatasi masalah APD kerana model ini dapat memisahkan ralat rawak dan ralat ketidakcekapan dalam pengiraan kecekapan syarikat. Kaedah ini adalah agak realistik, namun, andaian-andaian penting dalam model APS seperti jenis taburan, jenis fungsi dan kesan ketidakcekapan perlu ditetapkan berdasarkan ujian nisbah kebolehjadian. Selain itu, APS ini juga menganggap bahawa dua ralat penting iaitu ralat ketidakcekapan dan ralat rawak tidak bersandaran antara satu sama lain. Contohnya, faktor rawak seperti wabak penyakit, COVID-19 yang boleh menjejaskan keuntungan syarikat. Oleh itu, kajian ini mencadangkan model kebersandaran ralat dalam APS menggunakan copula Cot untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai hubungan antara ralat rawak dan ralat ketidakcekapan dalam pasaran saham Malaysia serta mendapatkan anggaran kecekapan saham yang lebih tepat. Kajian ini membuktikan bahawa model APS Copula (APSC) melalui copula Cot yang dicadangkan ini berpotensi untuk digunakan pada tempoh pandemik COVID-19 dalam menilai prestasi saham syarikat. Selain itu, kajian ini mendedahkan bahawa hubungan antara model APS dan APSC yang kuat dan mampu menghasilkan pangkat syarikat yang konsisten. Walau bagaimanapun, skor yang terhasil antara kedua-dua model ini adalah berbeza. Kesimpulannya, model APSC adalah model yang lebih baik kerana dapat memberi anggaran skor kecekapan yang lebih tepat dan andaian ralat yang lebih realistik dan praktikal dengan dunia sebenar. Skor-skor yang diperoleh dari model copula Cot ini adalah penting kerana ia dapat memberi maklumat kepada syarikat-syarikat untuk meramalkan prestasi syarikat pada masa depan.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectStock exchanges
dc.subjectStochastic analysis
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePemodelan kebersandaran ralat rawak dan ralat ketidakcekapan dalam model analisis perbatasan stokastik : kajian terhadap pasaran saham Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages252
dc.identifier.callnoHG4551.R637 2022 tesis
dc.identifier.barcode006833(2022)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130597+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.