Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500619
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNurul Wahida Othman, Dr.
dc.contributor.authorNoor Farehan Ismail (P86146)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:46:40Z-
dc.date.available2023-10-13T09:46:40Z-
dc.date.issued2021-12-04
dc.identifier.otherukmvital:128720
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500619-
dc.descriptionElaeidobius kamerunicus merupakan agen pendebunga kelapa sawit yang utama di Malaysia. Kumbang ini dibawa masuk dari Cameroon untuk meningkatkan kadar pendebungaan kelapa sawit disebabkan oleh penurunan Tandan Buah Segar. Namun begitu, penggunaan racun serangga untuk mengawal serangga perosak dilaporkan memberi kesan negatif pada populasi kumbang ini. Kebanyakan kajian ketoksikan racun ke atas kumbang ini banyak tertumpu pada kesan maut berbanding kesan sub-maut. Maklumat bagi kesan ini penting supaya penilaian maksimum ketoksikan racun ke atas kumbang ini diperolehi. Oleh itu, kajian ini melibatkan penentuan nilai LC50 bagi jenis racun yang terdedah pada E. kamerunicus selain melihat kesan sub-maut ke atas biologi, kelakuan dan perubahan histologi usus tengah kumbang ini. Tiga racun serangga neurotoksik komersial yang digunakan di ladang sawit iaitu cypermethrin, trichlorfon dan fipronil dipilih serta diuji pada E. kamerunicus melalui kaedah residu filem, semburan dan oral. Analisis Probit menunjukkan kumbang betina mempunyai toleransi lebih tinggi terhadap racun berbanding jantan berdasarkan nilai LC50 yang tinggi dan berbeza secara signifikan (P < 0.05) tetapi keadaan ini tidak berlaku pada kumbang yang terdedah dengan cypermethrin. Fipronil menyebabkan ketosikan maut yang tinggi ke atas E. kamerunicus berbanding racun lain bagi semua kaedah dan masa pendedahan. Perbandingan antara kaedah rawatan menunjukkan kumbang yang terdedah pada racun melalui semburan kurang terkesan berbanding kaedah lain bagi semua jenis racun dan masa pendedahan kecuali pada tempoh 24 jam setelah kumbang jantan terdedah pada fipronil apabila nilai LC50 semburan (LC50 = 0.49) dan residu tidak berbeza secara signifikan (LC50 = 0.52). Kepekatan sub-maut (LC501/10) racun serangga memberi kesan negatif ke atas biologi E. kamerunicus samada dengan memendekkan jangka hayat kumbang induk, memanjangkan tempoh perkembangan progeni dan mengurangkan bilangan progeni (fasa dewasa) per kumbang betina. Jangka hayat kumbang induk yang disembur dengan trichlorfon menjadi lebih singkat berbanding kawalan (F1,27 = 4.41, P < 0.05). Trichlorfon juga menyebabkan pemanjangan tempoh perkembangan progeni apabila induknya terdedah pada racun ini melalui oral (F3,36 = 3.19, P < 0.05). Selain itu, induk yang terdedah pada fipronil melalui kaedah residu (F3,36 = 7.16, P < 0.05) dan semburan (F3,36 = 3.40, P < 0.05) menghasilkan peratusan prongeni paling rendah berbanding rawatan lain. Kajian tingkah laku menunjukkan E. kamerunicus betina mempunyai deria bau lebih peka berbanding jantan. Peratusan betina yang tertarik pada spikelet jantan (sumber bau) yang tidak dirawat adalah lebih tinggi daripada bau yang dirawat (Χ2 (3) = 11.35, P < 0.05) manakala kumbang jantan yang tertarik pada bau yang dirawat dan tidak dirawat tidak menunjukkan perbezaan signifikan (Χ2 (3) = 0.67, P > 0.05). Selain itu, cypermethrin menyebabkan kumbang betina mengambil masa yang lama untuk mengesan bau yang tidak dirawat apabila kumbang terdedah pada racun ini melalui kaedah residu (Χ2 (3) = 11.349, P < 0.05) dan semburan (Χ2 (3) = 11.502, P < 0.05). Perubahan pada histologi usus tengah E. kamerunicus seperti peningkatan pembentukan vakuol, pembentukan unjuran sitoplasma sel ke arah lumen serta kehadiran serpihan pecahan unjuran sitoplasma sel pencernaan di dalam lumen diperhatikan pada kumbang yang terdedah pada racun melalui oral. Hasil kajian ini jelas menunjukkan racun neurotoksik memberi kesan negatif pada kumbang pendebunga sawit. Oleh itu, penggunaan racun ini harus dikawal dengan ketat atau dikurangkan penggunaannya supaya populasi E. kamerunicus dapat dipelihara serta kestabilan pengeluaran hasil kelapa sawit dapat dikekalkan.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectElaeidobius kamerunicus
dc.subjectOil palm plantation
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKesan maut dan kesan sub-maut racun serangga kimia komersial terhadap serangga pendebunga kelapa sawit, elaeidobius kamerunicus (coleoptera : curculionidae)
dc.typeTheses
dc.format.pages195
dc.identifier.callnoSF562.E43.N636 2021 tesis
dc.identifier.barcode006561(2022)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128720+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.98 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.