Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500617
Title: Aliran lapisan sempadan dan pemindahan haba pada permukaan meregang/mengecut dalam nanobendalir hibrid
Authors: Iskandar Waini (P94573)
Supervisor: Anuar Mohd Ishak, Prof. Dr.
Keywords: Nanofluids
Nanotechnology
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Oct-2021
Description: Nanobendalir hibrid merupakan sejenis bendalir nanoteknologi baharu yang disintesis daripada dua jenis nanozarah yang terampai secara seragam dan stabil dalam bendalir asas. Nanobendalir hibrid digunakan dalam pelbagai aplikasi kejuruteraan dan industri kerana keupayaannya untuk menawarkan ciri-ciri terma yang baik berbanding dengan bendalir pemindahan haba konvensional. Kajian dalam tesis ini bertujuan untuk mengkaji ciri-ciri aliran lapisan sempadan dan pemindahan haba pada permukaan meregang/mengecut dalam nanobendalir hibrid. Berikut adalah lima masalah kajian yang dipertimbangkan dalam tesis ini iaitu (i) aliran tak mantap dan pemindahan haba pada permukaan meregang/mengecut dalam nanobendalir hibrid; (ii) aliran olakan campuran dan pemindahan haba pada permukaan tegak meregang/mengecut secara eksponen dalam nanobendalir hibrid; (iii) aliran titik genangan olakan campuran dan pemindahan haba pada permukaan tegak meregang/mengecut secara eksponen dalam nanobendalir hibrid; (iv) aliran MHD dan pemindahan haba pada permukaan meregang/mengecut secara eksponen dalam nanobendalir hibrid dengan sinaran terma; dan (v) aliran MHD dan pemindahan haba pada permukaan baji meregang/mengecut dalam nanobendalir hibrid dengan sinaran terma. Model matematik yang menakluk aliran lapisan sempadan bagi nanobendalir hibrid diwakili oleh persamaan keselanjaran, momentum dan tenaga yang terbentuk dalam persamaan pembezaan separa. Seterusnya, persamaan tersebut dijelmakan kepada persamaan pembezaan biasa atau persamaan keserupaan dengan menggunakan penjelmaan keserupaan. Persamaan keserupaan yang terhasil kemudiannya diselesaikan secara berangka dengan menggunakan fungsi bvp4c dalam perisian MATLAB. Keputusan berangka yang diperoleh seterusnya dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf. Selanjutnya, kesan beberapa parameter fizikal terhadap pekali geseran kulit setempat, nombor Nusselt setempat, profil halaju, dan profil suhu dibentangkan. Keputusan berangka menunjukkan bahawa kadar pemindahan haba meningkat dengan peningkatan pecahan isi padu nanozarah untuk kes permukaan meregang, tetapi menurun untuk kes permukaan mengecut kecuali masalah yang melibatkan aliran titik genangan. Namun, kesan serentak parameter sinaran terma dan pecahan isi padu nanozarah diperhatikan dapat meningkatkan kadar pemindahan haba bagi nanobendalir hibrid pada permukaan mengecut. Selain itu, didapati bahawa penyelesaian dual wujud dalam julat tertentu bagi parameter meregang/mengecut, parameter ketakmantapan, parameter fluks jisim, dan parameter olakan campuran. Di samping itu, peningkatan nilai parameter pecahan isi padu nanozarah, parameter fluks jisim, parameter magnet, dan parameter hukum-kuasa Falkner-Skan boleh melambatkan proses pemisahan lapisan sempadan pada permukaan dan seterusnya meningkatkan domain penyelesaian keserupaan. Bagi menentukan kestabilan penyelesaian dual tersebut, analisis kestabilan dilakukan dengan menyelesaikan masalah nilai eigen. Keputusan menunjukkan bahawa hanya satu daripada penyelesaian tersebut yang stabil manakala yang lain adalah tak stabil. Dapatan daripada kajian ini boleh menjadi rujukan kepada penyelidik lain untuk menentukan nilai kritikal sesuatu parameter fizikal dan kestabilan penyelesaian yang diperoleh.,Ph.D
Pages: 299
Call Number: TJ853.4.M53.I765 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128719+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.