Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500615
Title: Sintesis nanowayar kuprum dan aplikasinya sebagai elektrod lut sinar berkonduk dan pemangkin
Authors: Aina Shasha Hashimi (P92879)
Supervisor: Chia Chin Hua, Prof. Madya Dr.
Keywords: Copper
Electrode and catalyst
Chemical elements
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Jan-2021
Description: Kuprum (Cu) merupakan logam peralihan yang telah menarik perhatian sebagai bahan pengganti kepada argentum (Ag) dan emas (Au) disebabkan oleh harganya yang rendah, kekonduksian elektrik yang tinggi, dan sumber galian yang banyak. Namun, terdapat beberapa kekurangan berkaitan dengan Cu yang menyekat penggunaannya dalam pelbagai aplikasi, seperti penggunaan bahan kimia yang berbahaya dalam proses sintesis, mudah teroksida, dan penggunaan proses pensinteran bersuhu tinggi dalam keadaan lengai untuk membuang lapisan oksida pada permukaan. Dalam kajian ini, nanowayar kuprum (CuNWs) disintesis dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza, iaitu (i) mikrogelombang, dan (ii) hidroterma, dengan menggunakan bahan kimia yang lebih selamat untuk diaplikasikan sebagai elektrod lut sinar berkonduk (TCE) dan pemangkin. Untuk sintesis mikrogelombang, masa sintesis CuNWs adalah enam kali lebih cepat berbanding kaedah konvensional. Selain itu, CuNWs yang mempunyai nisbah aspek yang tinggi (~612), iaitu dua kali ganda berbanding kajian lepas, telah berjaya dihasilkan. Prestasi TCE CuNWs yang dihasilkan menunjukkan nilai rintangan keping yang rendah (35 Ω/sq) dengan transmisi yang tinggi (81%) pada λ550 nm. Kemampuan pasca rawatan menggunakan asid asetik glasial (GAA) dalam mengembalikan kekonduksian CuNWs selepas lima kali proses pengoksidaan yang dijalankan turut ditunjukkan. Proses hidroterma hijau juga dijalankan untuk menghasilkan CuNWs yang mempunyai nisbah aspek yang amat tinggi (~2600). Penurunan 4-nitrofenol (4-NP) dan tindak balas jam metilena biru (MB) telah digunakan sebagai model untuk menguji prestasi CuNWs sebagai pemangkin. Kajian ini menunjukkan bahawa jumlah CuNWs, dan kepekatan 4-NP dan NaBH4 boleh mempengaruhi tindak balas pemangkinan. CuNWs mempamerkan prestasi pemangkinan yang bagus, di mana sebanyak 99% penurunan 4-NP kepada 4-AP berlaku dengan cepat, iaitu hanya 60 saat sahaja dengan hanya menggunakan 0.1 pg CuNWs. Pemalar kadar (kapp) dan faktor aktiviti (K) tindak balas tersebut adalah 18 dan ~1010 kali ganda lebih berbanding kajian lepas tanpa menggunakan rawatan GAA, masing-masing. CuNWs telah menunjukkan keaktifan pemangkinan yang amat bagus untuk sekurang-kurangnya sepuluh kali bagi ujian guna semula dengan keputusan yang konsisten dalam penurunan 4-NP. Dalam tindak balas jam MB pula, sebanyak 99% penurunan MB kepada LMB telah dicapai dalam jangka masa ~5 saat sahaja dengan menggunakan 2 μg CuNWs. Seterusnya, CuNWs turut digunakan sebagai pemangkin bagi hidrolisis NaBH4 untuk menghasilkan gas hidrogen (H2). Keputusan menunjukkan bahawa sebanyak 0.1 ng CuNWs boleh menghasilkan jumlah isi padu gas H2 yang terbanyak dalam masa 240 min. Seterusnya, kadar penghasilan H2 (HGR) kajian ini (2.7 × 1010 mL min-1 g-1) adalah ~3.27 × 107 kali ganda lebih tinggi daripada kajian sebelum ini. Tambahan lagi, tenaga pengaktifan (Ea) yang rendah iaitu 42.48 kJ mol-1 telah berjaya dicapai. CuNWs turut menunjukkan keaktifan pemangkinan yang bagus untuk lima kitaran berturut-turut dengan penghasilan H2 yang stabil. Selain itu, keaktifan pemangkinan yang konsisten diperolehi dengan menggunakan CuNWs yang sama selama sebulan. Tambahan lagi, keputusan penjanaan H2 menggunakan kaedah aliran berterusan pada ketetapan aliran kadar yang berbeza dengan menggunakan CuNWs sebagai pemangkin telah ditunjukkan.,Ph.D
Pages: 162
Call Number: TA480.C7.A536 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128718+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.82 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.