Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500584
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Aida Wan Mustapha, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorSatriana (P74555)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:46:02Z-
dc.date.available2023-10-13T09:46:02Z-
dc.date.issued2021-05-20-
dc.identifier.otherukmvital:128375-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500584-
dc.descriptionKekurangan teknologi pemulihan dan kepelbagaian produk terbitan minyak avokado yang masih terhad telah menyebabkan penyelidikan mengenai minyak avokado masih perlu diteruskan. Kajian ini dijalankan bagi mengekstrak minyak avokado dan membangunkan produk terbitan minyak tersebut iaitu minyak yang diperkaya monodan di-asilgliserol (MDAG) dan oleogel. Kajian awal menunjukkan pengeluaran minyak daripada biji jauh lebih rendah berbanding isi buah avokado. Kemudian kajian kesan kaedah praperlakuan isi buah ke atas fisikokimia minyak avokado yang diekstrak daripada isi buah avokado menggunakan pelarut heksana. Kaedah pra perlakuan isi buah ialah perlakuan suhu dengan perebusan (menggunakan air dan CaCO3) dan pengurangan saiz bahan. Kinetik pengekstrakan minyak avokado turut dikaji bagi mendapatkan kawalan proses yang lebih baik dan lebih cekap. Seterusnya, gliserolisis kimia suhu rendah dijalankan bagi menghasilkan minyak yang diperkaya MDAG daripada TAG dalam minyak avokado menggunakan proses gliserolisis dimana NaOH sebagai pemangkin. Sistem peronggaan hidrodinamik (HC) juga digunakan bagi menggalakkan keterlarutan sebatian tindak balas. Akhir sekali, minyak diperkaya MDAG yang dihasilkan daripada gliserolisis minyak avokado dan lilin lebah (BW) digunakan bagi penyediaan oleogel. Kaedah pra perlakuan berkesan kepada pengeluaran dan ciri-ciri fisikokimia minyak avokado. Dapat disimpulkan bahawa pra perlakuan melalui kaedah perebusan dengan CaCO3 dan saiz bahan 16 mesh memberikan kesan yang lebih baik kepada keseluruhan proses. Didapati juga proses pengekstrakan minyak avokado berlaku dalam dua fasa iaitu fasa cepat dan fasa perlahan. Kadar proses ini dikawal oleh tempoh pengekstrakan yang perlahan. Keadaan ini diperhatikan melalui nilai tenaga pengaktifan Arrhenius dan faktor praeksponen yang dikira iaitu masing-masing ialah 54.61 kJ/mol dan 35,498,465. Hasil eksperimen menunjukkan gliserolisis minyak avokado suhu rendah pada 40 oC dengan kehadiran HC ialah proses yang lebih baik berbanding sistem pengaduk mekanikal untuk menghasilkan minyak diperkaya MDAG. Keputusan analisis menandakan bahawa tindak balas telah berjaya menukarkan triasilgliserol sepenuhnya kepada produk gliserolisis. Kaedah permukaan respons dengan reka bentuk Box-Behnken digunakan bagi menilai dan mengoptimumkan parameter proses dimana masa tindak balas (166 minit), kepekatan pelarut (305%) dan kepekatan mangkin (1.75%) merupakan parameter optimum untuk menghasilkan kepekatan minimum TAG produk hasil gliserolisis sebanyak 15.76%. Pada kondisi yang sama, eksperimen menghasilkan kepekatan TAG ialah 19.5±2.2%. Seterusnya minyak diperkaya MDAG yang dihasilkan digunakan untuk menghasilkan oleogel. Dalam penyediaan oleogel, 2% BW merupakan kepekatan kritikal dalam menghasilkan oleogel daripada minyak diperkaya MDAG. Analisis FTIR menunjukkan kehadiran ikatan hidrogen intramolekul dalam oleogel dan tidak ada perbezaan spektrum kerana kesan kepekatan BW yang berbeza. Sifat polimorfik kristal dalam oleogel (5% BW) juga diperhatikan melalui pola XRD iaitu dalam julat 2-theta (19-20o) diperoleh puncak difraksi 4.548 Å dan dalam julat 2-theta (21-22o) diperoleh puncak difraksi 4.166 Å. Ciri lain iatu takat lebur tinggi, adanya lemak pepejal hingga suhu 40 oC dan komposisi asid lemak didominasi oleh asid poli tak tepu (asid oleik). Ciri ini menjadikan produk oleogel ini cocok digunakan sebagai produk makanan seperti marjerin dan mentega,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMinyak avokado -- Penyelidikan-
dc.subjectMinyak avokado -- Pengekstrakan-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleEkstrak dan sintesis minyak avokado diperkaya mono- dan di-asilgliserol (MDAG) serta penghasilan produk terbitan oleogel-
dc.typeTheses-
dc.format.pages151-
dc.identifier.barcode006604(2022)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128375+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
620.81 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.