Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500581
Title: Kelimpahan, taburan, filogeni dan kesan infestasi serangga perosak ke atas lapan varieti beras di gudang beras, Semenanjung Malaysia
Authors: Syarifah Zulaikha Syed Ahmad (P85926)
Supervisor: Salmah Yaakop, Prof. Madya Dr.
Keywords: Serangga perosak
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Apr-2021
Description: Infestasi serangga perosak primer dan sekunder ke atas simpanan beras menyebabkan penurunan drastik kualiti beras yang menjejaskan industri beras negara. Oleh itu, beberapa langkah kawalan melalui Pengurusan Perosak Bersepadu perlu dijalankan bagi mengurangkan populasi serangga perosak ini. Objektif kajian ini adalah untuk 1) mengukur kelimpahan serangga perosak beras dan serangga bermanfaat, 2) menentukan taburan reruang dan masa serangga perosak beras, 3) mengkaji hubungan filogeni antara populasi Oryzaephilus surinamensis menggunakan COI dan 4) menentukan kesan infestasi Sitophilus oryzae ke atas berat dan kandungan amilosa lapan varieti beras. Persampelan serangga perosak dan parasitoid selama 12 bulan telah dijalankan di 10 buah gudang milik PadiBeras (BERNAS) di empat buah zon iaitu zon Tengah (Klang), zon Selatan (Pasir Gudang), zon Utara (Seberang Prai) dan zon Pantai Timur (Gebeng) dengan menggunakan perangkap lekat dan perangkap malaise. Kelimpahan serangga perosak beras mencatatkan kehadiran empat spesies iaitu O. surinamensis, Tribolium castaneum, Sitophilus oryzae dan Cadra cautella. Kelimpahan setiap spesies pada 10 buah gudang berdasarkan analisis ANOVA satu hala menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05) kecuali kelimpahan spesies S. oryzae adalah tidak signifikan (p>0.05). Selain itu, beberapa spesies parasitoid ke atas serangga perosak turut direkodkan iaitu Habrobracon hebetor, Theocolax elegans dan Entedon costalis. Analisis korelasi merekodkan kepekatan CO2 sahaja yang berkorelasi positif terhadap kelimpahan serangga perosak manakala suhu dan kelembapan tidak menunjukkan korelasi. Rekod serangga perosak dan parasitoid boleh digunapakai untuk merancang strategi kawalan serangga menggunakan agen kawalan biologi pada masa akan datang. Pergerakan setiap spesies serangga selama tiga bulan juga adalah berbeza iaitu sekata, berkelompok dan rawak dengan nilai signifikan yang berbeza bagi setiap gudang. Data ini penting untuk mengenalpasti kawasan tumpuan serangga perosak dan kawalan terhadapnya dapat dijalankan dengan lebih terperinci. Data jujukan COI digunakan bagi melihat hubungan antara populasi spesies O. surinamensis. Pohon Neighbor-Joining (NJ), Parsimoni Maksimum (MP) dan Inferensi Bayesian (BI) menunjukkan percampuran individu antara empat populasi dan disokong oleh nilai bootstrap 50%-100% dan nilai kebarangkalian posterior 0.80-0.98. Lapan varieti beras iaitu Thai Pathumtani Fragrant White Rice 100%, Vietnam Long Grain White Rice 5%, Pakistan Basmathi Long Grain White Rice PK 385, Indian Steam Pusa 1121 Basmathi LGWR, Thai White Rice, Pakistan White Rice, Cambodian Fragrant Sen Kro Oub 5% dan Vietnamese White Fragrant Rice 2% telah diperoleh dari pihak BERNAS. Penurunan berat beras pada lapan varieti beras menunjukkan hasil yang signifikan (p<0.05) berdasarkan ANOVA satu hala. Beras Pakistan White Rice mencatatkan peratusan penurunan berat paling tinggi (55.8%) dan beras Cambodian Fragrant Sen Kro Oub 5% menunjukkan kadar penurunan yang paling rendah (23%). Meskipun berlaku penurunan berat beras yang signifikan, namun kandungan amilosa pada setiap varieti menunjukkan kadar yang rendah 2 hingga 9%. Hasil kajian ini dapat membantu pihak gudang dalam penambahbaikan merangka strategi kawalan serangga perosak bagi memastikan kelangsungan simpanan beras pada negara.,Ph.D
Pages: 128
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128372+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.97 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.