Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500580
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoratiqah Mohd Ariff, Dr.
dc.contributor.authorNoor Alhuda Madzlan (P55937)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:45:57Z-
dc.date.available2023-10-13T09:45:57Z-
dc.date.issued2020-12-16
dc.identifier.otherukmvital:128371
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500580-
dc.descriptionMatlamat utama teknik Pembuatan Keputusan Pelbagai Kriteria (PKPK) adalah untuk menyusun suatu senarai pilihan mengikut keutamaan. Usaha penyusunan ini dilakukan berdasarkan pelbagai kriteria yang diputuskan oleh mereka yang berkepentingan dalam isu yang dikaji. Setiap kriteria mempunyai wajarannya dan boleh terdiri daripada beberapa sub-kriteria yang berbeza wajaran. Data yang disekutukan dengan kriteria boleh didapati dalam nilaian kualitatif, kuantitatif atau campuran kedua-duanya. Untuk setiap alternatif, nilaian pelbagai kriteria bersama dengan wajaran yang diputuskan diaggregat dengan kaedah-kaedah tertentu untuk membentuk suatu indeks gubahan. Nilai indeks gubahan yang terhasil digunakan untuk menyusun alternatif mengikut keutamaan. Dua kaedah pengaggregatan yang dijadikan bahan kajian adalah kaedah Struktur Kepercayaan yang dikenali juga dengan Penaakulan Berbukti dan kaedah TOPSIS. Pada amalannya, indeks gubahan yang terhasil merupakan pemboleh ubah berketentuan. Walaubagaimanapun, terdapat juga keadaan yang mana maklumat atau data untuk kriteria yang dikaji dicerap berasaskan sampel rawak. Oleh itu, indeks gubahan yang terhasil juga merupakan pemboleh ubah rawak. Dalam kes seperti ini, faktor kerawakan perlu diambilkira semasa memutuskan urutan keutamaan alternatif. Isu kerawakan ini diselidiki dengan memanfaatkan kaedah Bayesian. Hasil kajian digunakan untuk menyusun pencapaian sekolah-sekolah di Melaka. Kriteria yang digunakan adalah pencapaian SPM bagi sembilan mata pelajaran untuk empat tahun berturutan. Indeks gubahan dibentuk berasaskan gabungan Struktur kepercayaan- Struktur kepercayaan dan Struktur kepercayaan-TOPSIS. Kaedah Bayesian kemudian dikemukakan untuk disepadukan dengan kedua-dua kaedah gabungan. Perbandingan hasil penyusunan urutan keutamaan dengan dan tanpa pendekatan Bayesian dilakukan. Didapati urutan keutamaan yang menggunakan kaedah Bayesian memberikan hasil keputusan yang serupa dengan pendekatan tanpa Bayesian. Oleh itu, kaedah Bayesian dapat memberikan urutan keutamaan yang baik, malah mempunyai kelebihan kerana dapat memberikan darjah keyakinan sesuatu urutan.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectPembuatan keputusan pelbagai kriteria (PKPK)
dc.subjectPengurusan organisasi
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePembuatan keputusan pelbagai kriteria menggunakan penyepaduan model topsis, struktur kepercayaan dan pendekatan bayesian dalam menilai prestasi organisasi
dc.typeTheses
dc.format.pages144
dc.identifier.barcode006601(2022)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128371+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.47 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.