Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500569
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuzzneena Ahmad Mustapha, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorYeny Nadira Kamaruzzaman (P86187)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:45:46Z-
dc.date.available2023-10-13T09:45:46Z-
dc.date.issued2020-08-30-
dc.identifier.otherukmvital:128140-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500569-
dc.descriptionIkan Kembung India (Rastrelliger kanagurta) adalah ikan epipelagik yang merupakan salah satu sumber marin komersil yang terpenting di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia di Laut Cina Selatan (LCS). Permintaan tinggi terhadap sumber perikanan merupakan cabaran bagi nelayan untuk mencapai sasaran pendaratan ikan yang optima serta variasi dalam perubahan iklim akan memberi impak pada produktiviti dan taburan ikan R. kanagurta. Kajian ini menggunakan data tangkapan ikan, data satelit klorofil-a (chl-a) dan suhu permukaan laut (SST) (MODIS-Aqua), ketinggian permukaan laut SSH (AVISO) dan kelajuan angin (QuickScat) 2008 hingga 2010, 2019. Penyelidikan ini bertujuan menentukan taburan reruang dan kelimpahan ikan R. kanagurta di perairan ZEE LCS menggunakan kaedah analisis komponen prinsipal (PCA) dan analisis kluster (CA). Seterusnya menentukan julat kesesuaian chl-a, SST dan SSH bagi ikan R. kanagurta menggunakan analisis kekerapan dan indeks kesesuaian (SI), mendapatkan perhubungan di antara taburan ikan dengan chl-a, SST dan SSH yang dibina melalui permodelan "boosted regression trees" (BRT) dan akhirnya meramalkan impak perubahan iklim terhadap kawasan potensi penangkapan ikan R. kanagurta berdasarkan pengunjuran suhu IPCC-AR5-RCPs. Hasil analisis PCA mengenalpasti dua komponen prinsipal yang mempunyai nilai eigen >1 (PC1 dan PC2) dengan nilai peratus kumulatif varians 59.3%, manakala CA mengenalpasti dua kluster tangkapan ikan di mana nilai purata tangkapan ikan masing-masing sebanyak 350.7 kg/m³ (Januari, April, Mei, Julai dan Oktober) dan 1033.9 kg/m³ (April, Mei, September dan Oktober). Taburan tinggi bagi ikan R. kanagurta diasosiasikan dengan julat kesesuaian chl-a di antara 0.25 - 0.42 mg/m³, SST di antara 29.2�C �� 30.2�C dan SSH di antara 1.15 -1.2 m. Pemodelan BRT menunjukkan bahawa kawasan potensi penangkapan ikan berkait rapat dengan SSH (40.18%), SST (37.14%) dan chl-a (22.67%). Pemetaan kawasan berpotensi bagi pengumpulan ikan R. kanagurta didapati terletak di sepanjang perairan pantai Semenanjung Malaysia pada permulaan dan akhir musim Monsun Barat Daya dengan ketepatan 83.68% dengan nilai kappa 0.7 bagi SI dan AUC 0.75 bagi BRT. Impak perubahan suhu terhadap kawasan potensi penangkapan ikan R. kanagurta menunjukkan penambahan kawasan potensi penangkapan ikan berlaku pada monsun Timur Laut terutamanya pada kenaikan suhu 1.80°C. Manakala, kenaikan suhu 1.80°C, 2.60°C & 3.30°C menyebabkan pengurangan kawasan potensi penangkapan ikan R. kanagurta dimana kawasan potensi penangkapan ikan dilihat bergerak ke luar kawasan ZEE pada monsun peralihan dan monsun Barat Daya. Pendekatan yang digunakan berupaya menghasilkan permodelan perubahan suhu ke atas kawasan potensi penangkapan ikan R. kanagurta. Hasil kajian menunjukkan bahawa variasi parameter persekitaran akibat perubahan monsun mempengaruhi taburan ikan R. kanagurta. Memahami perkaitan ini berupaya menyumbang kepada maklumat dalam perangkaan strategi pengurusan sumber perikanan yang lebih lestari dalam menghadapi perubahan iklim. (Rastrelliger kanagurta) adalah ikan epipelagik yang merupakan salah satu sumber marin komersil yang terpenting di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia di Laut Cina Selatan (LCS). Permintaan tinggi terhadap sumber perikanan merupakan cabaran bagi nelayan untuk mencapai sasaran pendaratan ikan yang optima serta variasi dalam perubahan iklim akan memberi impak pada produktiviti dan taburan ikan R. kanagurta. Kajian ini menggunakan data tangkapan ikan, data satelit klorofil-a (chl-a) dan suhu permukaan laut (SST) (MODIS-Aqua), ketinggian permukaan laut SSH (AVISO) dan kelajuan angin (QuickScat) 2008 hingga 2010, 2019. Penyelidikan ini bertujuan menentukan taburan reruang dan kelimpahan ikan R. kanagurta di perairan ZEE LCS menggunakan kaedah analisis komponen prinsipal (PCA) dan analisis kluster (CA). Seterusnya menentukan julat kesesuaian chl-a, SST dan SSH bagi ikan R. kanagurta menggunakan analisis kekerapan dan indeks kesesuaian (SI), mendapatkan perhubungan di antara taburan ikan dengan chl-a, SST dan SSH yang dibina melalui permodelan "boosted regression trees" (BRT) dan akhirnya meramalkan impak perubahan iklim terhadap kawasan potensi penangkapan ikan R. kanagurta berdasarkan pengunjuran suhu IPCC-AR5-RCPs. Hasil analisis PCA mengenalpasti dua komponen prinsipal yang mempunyai nilai eigen >1 (PC1 dan PC2) dengan nilai peratus kumulatif varians 59.3%, manakala CA mengenalpasti dua kluster tangkapan ikan di mana nilai purata tangkapan ikan masing-masing sebanyak 350.7 kg/m³ (Januari, April, Mei, Julai dan Oktober) dan 1033.9 kg/m³ (April, Mei, September dan Oktober). Taburan tinggi bagi ikan R. kanagurta diasosiasikan dengan julat kesesuaian chl-a di antara 0.25 - 0.42 mg/m³, SST di antara 29.2°C – 30.2°C dan SSH di antara 1.15 -1.2 m. Pemodelan BRT menunjukkan bahawa kawasan potensi penangkapan ikan berkait rapat dengan SSH (40.18%), SST (37.14%) dan chl-a (22.67%). Pemetaan kawasan berpotensi bagi pengumpulan ikan R. kanagurta didapati terletak di sepanjang perairan pantai Semenanjung Malaysia pada permulaan dan akhir musim Monsun Barat Daya dengan ketepatan 83.68% dengan nilai kappa 0.7 bagi SI dan AUC 0.75 bagi BRT. Impak perubahan suhu terhadap kawasan potensi penangkapan ikan R. kanagurta menunjukkan penambahan kawasan potensi penangkapan ikan berlaku pada monsun Timur Laut terutamanya pada kenaikan suhu 1.80°C. Manakala, kenaikan suhu 1.80°C, 2.60°C & 3.30°C menyebabkan pengurangan kawasan potensi penangkapan ikan R. kanagurta dimana kawasan potensi penangkapan ikan dilihat bergerak ke luar kawasan ZEE pada monsun peralihan dan monsun Barat Daya. Pendekatan yang digunakan berupaya menghasilkan permodelan perubahan suhu ke atas kawasan potensi penangkapan ikan R. kanagurta. Hasil kajian menunjukkan bahawa variasi parameter persekitaran akibat perubahan monsun mempengaruhi taburan ikan R. kanagurta. Memahami perkaitan ini berupaya menyumbang kepada maklumat dalam perangkaan strategi pengurusan sumber perikanan yang lebih lestari dalam menghadapi perubahan iklim.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectRastrelliger kanagurta-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePermodelan perubahan suhu ke atas kawasan potensi penangkapan Rastrelliger kanagurta di zon ekonomi eksklusif Malaysia Laut China Selatan-
dc.typeTheses-
dc.format.pages212-
dc.identifier.barcode006532(2022)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128140+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
661.29 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.