Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500566
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhairiah Hj Badri, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNorzita Yacob (P80498)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:45:43Z-
dc.date.available2023-10-13T09:45:43Z-
dc.date.issued2020-03-30-
dc.identifier.otherukmvital:128138-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500566-
dc.descriptionBiofilem yang bersifat mesra alam daripada sumber yang mampan giat dikaji bagi menggantikan produk berasaskan petroleum yang tidak boleh diperbaharui yang menjadi antara punca masalah berkaitan pencemaran alam sekitar, pengurusan sisa plastik dan pemanasan global. Namun, terdapat beberapa kelemahan biofilem seperti tidak kalis air serta mempunyai kerintangan kelembapan dan kekuatan mekanik yang rendah. Kelemahan ini menjejaskan keberkesanan biofilem sebagai pembungkus makanan, sekaligus mengurangkan jangka hayat makanan yang dibungkus. Antara kaedah terkini yang digunakan untuk memperbaiki sifat biofilem ini ialah dengan menambahkan agen penguat daripada sumber lignoselulosa. Kajian ini bertujuan untuk melihat potensi kanji sagu sebagai filem pembungkusan makanan atau salutan dengan penambahan mikrofibril selulosa (MS) dan nanofibril selulosa (NS) daripada hampas sagu sebagai agen penguat filem kanji. Di peringkat pertama kajian, hampas sagu melalui rawatan alkali dan pelunturan bagi menyingkirkan hemiselulosa dan lignin sebelum peleraian menggunakan mesin ultrasonik berintensiti tinggi. Pemerhatian morfologi serta pencirian sifat fizik, kimia dan terma MS dan NS dilakukan. Peringkat kedua kajian ialah penyediaan filem kanji sagu berpenguat 1, 3 dan 5 %w/w MS dan NS serta tanpa penguat sebagai kawalan (S) melalui kaedah penuangan larutan. Selepas rawatan pelunturan, hampas sagu menunjukkan pengurangan diameter HS sebanyak 95% manakala NS yang terhasil berbentuk jaringan dengan diameter 30-90 nm. Analisis spektroskopi inframerah Fourier Transform (FTIR) menunjukkan hemiselulosa dan lignin telah disingkirkan semasa rawatan kimia melalui ketiadaan puncak 1514 cm-1 dan 1727 cm-1 yang merujuk kepada kumpulan C=C dan C=O. Analisis pembelauan sinar-X (XRD) menunjukkan indeks kehabluran hampas sagu meningkat sebanyak 110% berbanding sebelum rawatan kimia diikuti rawatan mekanik menggunakan ultrasonikasi berintensiti tinggi. Proses peleraian pada amplitud 40% selama 20 minit menghasilkan NS tanpa mengubah struktur kimia berdasarkan analisis spektrokopi FTIR dan XRD. Suhu penguraian terma MS dan NS yang terhasil juga lebih tinggi seperti ditunjukkan oleh analisis termogravimetri (TGA). Filem S/NS menunjukkan peningkatan sifat fizik, terma dan mekanik yang lebih baik berbanding filem kanji sagu/MS. Berdasarkan pemerhatian morfologi, filem S/NS mempunyai permukaan yang lebih sekata menunjukkan NS terserak lebih sekata di dalam matriks kanji sagu. Penambahan NS pada kuantiti yang kecil iaitu 1 %w/w telah meningkatkan kekuatan regangan kanji filem sagu sebanyak 23% (42 MPa) dan modulus Young sebanyak 15% (1500 MPa). Indeks kehabluran filem kanji sagu dan suhu kestabilan terma turut meningkat dengan peningkatan kandungan NS. Rintangan filem kanji sagu terhadap kelembapan menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan penambahan NS berbanding MS. Filem kanji sagu/ NS 5 %w/w memberikan nilai sudut sentuh 110° berbanding 87°untuk filem kanji sagu/MS 5 %w/w. Ujian serapan air menunjukkan penurunan sebanyak 78% dengan penambahan 5 %w/w NS manakala penurunan sebanyak 76% dengan penambahan 5 %w/w MS. Dengan peningkatan sifat regangan, suhu kestabilan terma serta rintangan terhadap kelembapan, biofilem yang terhasil berpotensi dibangunkan untuk pembungkusan makanan atau sebagai salutan permukaan pembungkus.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectBiofilms-
dc.subjectSago waste-
dc.subjectFood packaging-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleBiofilem berasaskan kanji sagu (Metroxylon sago spp.) berpenguat mikrofibril selulosa hampas sagu-
dc.typeTheses-
dc.format.pages173-
dc.identifier.callnoQR100.8.B55.N637 2020 tesis-
dc.identifier.barcode006530(2022)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128138+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
467.48 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.