Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500558
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbd. Ghafur Ahmad, Prof. Dr.
dc.contributor.authorZahari Md Rodzi (P94578)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:45:33Z-
dc.date.available2023-10-13T09:45:33Z-
dc.date.issued2021-08-25
dc.identifier.otherukmvital:128133
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500558-
dc.descriptionSet kabur ragu-ragu (HFS) yang dibangunkan memungkinkan keahlian sesuatu set memiliki satu atau lebih bilangan keahlian di dalam unsur sesuatu set dan ternyata menjadi struktur yang kuat dalam menyatakan ketakpastian dan ketaksaan. Sejak HFS diperkenalkan, pelbagai perluasan dikembangkan ke dalam beberapa bentuk yang berbeza, antaranya set dual kabur ragu-ragu (DHFS). Bagi HFS dan DHFS, fungsi skor bagi setiap teori memainkan peranan penting dalam pemeringkatan unsur kabur ragu-ragu (HFE) dan unsur dual kabur ragu-ragu (DHFE) dengan mengubah data HFE dan DHFE menjadi nilai numerik tunggal. Kini, pelbagai jenis fungsi skor HFE dan DHFE dikaji dalam literatur. Namun, setiap skor yang dicadangkan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan. Untuk merapatkan jurang ini, fungsi skor-Z bagi HFE dan DHFE diperkenalkan dan dinamakan sebagai skor purata aritmetik-Z, purata geometri-Z dan purata harmoni-Z. Terdapat empat asas utama dalam pembangunan skor-Z bagi HFE ini iaitu tahap keraguan bagi unsur, sukatan sisihan bagi unsur, nilai pekali α diaplikasikan dalam menentukan kepentingan tahap keraguan unsur dan pekali β digunakan bagi menentukan kepentingan nilai sisihan unsur dalam menentukan skor-Z. Bagi fungsi skor-Z DHFE pula, satu asas tambahan diterapkan iaitu pekali ϑ dalam menerangkan kepentingan nilai positif (keahlian) dan negatif (bukan keahlian) dalam menentukan nilai skor-Z. Analisis perbandingan dengan skor terdahulu dikaji bagi memastikan ketersediaaan kaedah skor-Z yang dibangunkan dan terbukti lebih lentur. Selepas itu, fungsi skor-Z ini digunakan bagi menyelesaikan pembuatan keputusan pelbagai kriteria (MCDM) dalam memastikan keberkesanan algoritma yang dibangunkan dan dibandingkan dengan algoritma sedia ada dan terbukti algoritma ini konsisten dengan pilihan alternatif yang telah dibuat. Seterusnya, konsep set kabur lembut ragu-ragu berparameter kabur (FPHFSS) dan set kabur lembut dual ragu-ragu berparameter kabur (FPDHFSS) diperkenalkan. Operasi asas kedua-dua set ini, iaitu kesatuan, persilangan dan operasi penambahan serta pendaraban diselidik. Sifat-sifat asas dan hukum-hukum berkaitan konsep ini dibuktikan. Dua algoritma berdasarkan fungsi skor-Z bagi unsur FPHFSS diperkenalkan dalam penyelesaian MCDM iaitu teknik keutamaan tertib mengikut persamaan dengan penyelesaian ideal (TOPSIS) dan vlsekriterijumska optimizacija i kompromisno resenje (VIKOR). Satu contoh penyelesaian MCDM iaitu pemilihan pengkomersialan teknologi yang berpotensi diberikan bagi menunjukkan ketersedian dan keberkesanan algoritma-algoritma yang dibangunkan. Manakala bagi penyelesaian MCDM dalam persekitaran FPDHFSS, kaedah organisasi kedudukan pilihan untuk pengayaan penilaian II (PROMETHEE II) dan VIKOR dicadangkan. Satu contoh berangka iaitu pemilihan syarikat teknologi baharu diberikan. Hasil dari susunan pemeringkatan membuktikan bahawa kaedah-kaedah yang dibangunkan mampu menyelesaikan masalah MCDM di dalam persekitaran FPDHFSS selain konsisten dengan kaedah sebelum ini dan terbukti lebih lentur.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectFuzzy sets
dc.subjectZ-score
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleFungsi skor-Z bagi unsur kabur ragu-ragu dan dual kabur ragu-ragu serta perluasannya di dalam pembuatan keputusan pelbagai kriteria
dc.typeTheses
dc.format.pages155
dc.identifier.callnoQA248.5.Z334 2021 tesis
dc.identifier.barcode006525(2022)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128133+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
403.56 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.