Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500556
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNurul Shazana Abdul Hamid, Prof. Ir. Dr.-
dc.contributor.authorIdahwati Sarudin (P87407)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:45:31Z-
dc.date.available2023-10-13T09:45:31Z-
dc.date.issued2021-08-26-
dc.identifier.otherukmvital:128132-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500556-
dc.descriptionGelembung plasma khatulistiwa (equatorial plasma bubble, EPB) adalah satu fenomena di lapisan F ionosfera Bumi yang boleh mengganggu sistem komunikasi dan navigasi. Salah satu ciri EPB yang sedang giat dikaji iaitu halaju hanyutan EPB, VE di mana ia dapat memberi pemahaman yang mendalam tentang plasma dan dinamik semula jadi lapisan F ionosfera. Variasi VE secara umumnya telah diselidiki dalam kajian lepas dengan menggunakan beberapa peralatan seperti pengimejan cahaya teja (all-sky imager, ASI) dan radar. Walau bagaimanapun, penyiasatan tentang kebergantungan VE terhadap musim, waktu tempatan dan tahap keaktifan suria dengan menggunakan data jangka masa panjang belum pernah dijalankan. Dalam pada itu, kajian lepas turut mendapati bahawa halaju angin neutral (zonal), w di lapisan F ionosfera diyakini memberi sumbangan penting kepada kehadiran EPB. Namun begitu, kajian yang mendalam kurang dijalankan dan hanya tertumpu kepada w secara umum tanpa mempertimbangkan kehadiran EPB. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk (i) menentukan VE menggunakan data dari penerima GPS dengan kepadatan yang tinggi di sektor Asia Tengggara melalui kajian kes, (ii) menyiasat variasi VE dalam tempoh jangka panjang iaitu dari tahun 2008 – 2013 dan (iii) menganalisis sifat w semasa kehadiran EPB. Kawasan kajian adalah bertumpu di sektor Asia Tenggara (Southeast Asia, SEA) dan kehadiran EPB dikesan menggunakan data sistem penentu kedudukan global (Global Positioning System, GPS) berkepadatan tinggi dengan 127 stesen penerima. Nilai VE kemudiannya dikira berdasarkan kadar perubahan jumlah kandungan elektron (rate of total electron content change index, ROTI) dengan mengenal pasti longitud dan masa bagi setiap EPB yang diperhatikan. Kajian ini turut membincangkan w semasa kehadiran EPB, wp, dan sebaliknya, wa, melalui data cerapan Fabry-Perot Interferometer, FPI yang terletak berdekatan garisan khatulistiwa (stesen Kototabang, Indonesia dan Chiang Mai, Thailand). Selain itu, data ketinggian lapisan F yang diperolehi dari ionosonde di stesen Chumphon, Thailand yang mencerap kejadian pra peningkatan pembalikan (pre reversal enhancement, PRE) turut dibincangkan. Kajian ini mendapati bahawa julat VE yang dihitung dari data GPS ini adalah selari dengan yang diperolehi menggunakan data ASI iaitu ~100 hingga ~200 m/s. Seterusnya, hasil dari kajian kes ini membolehkan kajian jangka masa panjang dijalankan untuk menyiasat variasi VE dan telah dilaporkan bahawa nilai VE adalah tinggi semasa tahap keaktifan suria tinggi. Analisis kajian turut mendapati bahawa julat masa untuk puncak VE lebih tepat dibandingkan dengan kajian lepas. Purata VE mempunyai kecenderungan untuk meningkat dengan peningkatan tahap keaktifan suria. Hasil analisis variasi w pula mendapati bahawa purata magnitud wp adalah lebih tinggi (78 ± 23 m/s) berbanding wa (68 ± 21 m/s). Nilai wp adalah tinggi sewaktu petang berbanding malam dan tengah malam semasa suria sederhana dan tinggi. Analisis korelasi antara wp dengan ketinggian maksimum lapisan F (PRE) menunjukkan korelasi yang positif. Ini menandakan bahawa nilai wp yang tinggi mempengaruhi PRE melalui mekanisme dinamo di lapisan F, lalu menjana EPB di kawasan tersebut. Kesimpulannya, kajian ini berjaya menghitung dan menganalisis variasi VE menggunakan data GPS berkepadatan tinggi di SEA dan menyokong hipotesis bahawa w memainkan peranan penting dalam pembentukan EPB.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectGelembung plasma khatulistiwa-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKajian halaju hanyutan gelembung plasma khatulistiwa menggunakan data GPS dan kaitannya dengan halaju angin neutral-
dc.typeTheses-
dc.format.pages94-
dc.identifier.barcode006524(2022)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128132+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.