Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500551
Title: Potensi supernatan bebas sel (SBS) bakteria asid laktik (BAL) yang dipencilkan daripada jeruk buah-buahan tempatan sebagai bahan antibakteria semulajadi
Authors: Nur Ilida Mohamad (P88195)
Supervisor: Norrakiah Abdullah Sani, Dr.
Keywords: Kesslamatan makanan
Bakteria asid laktik
Bahan pengawet
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Feb-2021
Description: Keselamatan makanan adalah isu yang kekal relevan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Penyakit bawaan makanan yang disebabkan oleh bakteria patogenik telah menjadi suatu masalah terhadap kesihatan awam yang turut memberi kesan terhadap ekonomi dan perdagangan sesebuah negara. Penggunaan bakteria asid laktik (BAL) atau metabolitnya sebagai bahan pengawet antibakteria semulajadi untuk merencatkan pertumbuhan atau membunuh bakteria patogenik dalam produk makanan adalah suatu kaedah alternatif kepada penggunaan bahan pengawet kimia sintetik yang dipercayai lebih selamat dan bersifat semulajadi. Makanan tertapai kebiasaannya merupakan sumber yang mengandungi BAL yang tinggi. Kajian ini dijalankan bagi memencilkan dan mengenalpasti strain BAL daripada sampel jeruk buah-buahan tempatan dan seterusnya menentukan aktiviti antibakteria strain BAL berkenaan. Selain itu, kajian potensi aplikasi supernatan bebas sel (SBS) BAL berkenaan sebagai bahan antibakteria untuk mengawal pertumbuhan bakteria patogenik bawaan makanan dalam sayur-sayuran terproses minima iaitu daun selada (Lactuca sativa) dan tomato ceri (Solanum lycopersicum var. cerasiforme) turut dilakukan. Sejumlah 22 strain BAL telah berjaya dipencilkan dari 127 sampel jeruk buah-buahan tempatan dan pengecaman melalui kaedah molekular telah mengenalpasti genus dan spesies BAL berkenaan dengan majoriti pencilan adalah dari genus Lactobacillus (19 pencilan) dan genus Leuconostoc (dua pencilan) serta satu pencilan dari genus Enterococcus. Kajian aktiviti antibakteria telah mendapati SBS bagi strain BAL dengan kod SBS BAL1, SBS BAL16, SBS BAL19 dan SBS BAL20 telah menunjukkan aktiviti antibakteria yang kuat terhadap Listeria innocua ATCC® 33090™, Listeria monocytogenes ATCC® 7644™, Escherichia coli ATCC® 48888™, Salmonella Poona NCTC 4840 dan Salmonella Typhimurium ATCC® 14028™ di mana SBS BAL19 berupaya merencatkan pertumbuhan kelima-lima strain bakteria patogenik tersebut dengan paling baik berbanding lain-lain SBS BAL. Keputusan juga menunjukkan bahawa asid organik adalah merupakan sebatian utama yang menjadi faktor aktiviti antibakteria keempat-empat SBS BAL tersebut. Keputusan kajian simulasi mendapati aplikasi SBS BAL19 dapat merencatkan pertumbuhan beberapa strain bakteria patogenik terpilih yang terdapat pada daun selada dan tomato ceri terproses minima. Keputusan kajian ini mencadangkan potensi SBS BAL sebagai bahan antibakteria semulajadi untuk aplikasi dalam sayur-sayuran terproses minima.,Ph.D
Pages: 221
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128130+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
488.93 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.