Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500548
Title: Dinamik luang kanopi di hutan paya bakau Sungai Kisap, Pulau Langkawi
Authors: Wan Norilani Wan Ismail (P54237)
Supervisor: Wan Juliana Wan Ahmad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Hutan paya bakau
Hutan Simpan Sungai Kisap -- Pulau Langkawi
Luang kanopi
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Oct-2021
Description: Pembentukan luang kanopi yang terhasil akibat gangguan adalah mekanisme penting dalam proses kedinamikan hutan paya bakau. Kajian tentang kedinamikan luang kanopi yang telah dijalankan di Hutan Simpan Sungai Kisap, Pulau Langkawi ini bertujuan untuk memahami keseluruhan proses kedinamikan ini. Kajian yang terlibat adalah pengenalpastian struktur dirian dan anggaran biojisim serta stok karbon, pemerhatian tentang perubahan persekitaran mikroluang melalui ciri fizikalnya, penganggaran kadar kemandirian, kematian, dan pertumbuhan anak benih dan pendokumentasian peranan luang kanopi dalam penjanaan semula hutan paya bakau. Terdapat 1217 pokok bakau daripada tujuh spesies, iaitu Avicennia officinalis, Bruguiera gymnorrhiza, B. parviflora, Ceriops tagal, Rhizophora apiculata, Rhizophora mucronata, dan Xylocarpus granatum yang terdiri daripada tiga famili, iaitu Avicenniaceae, Meliaceae, dan Rhizophoraceae direkodkan di K5 (luang antropogen). Sementara itu, K7 (luang semula jadi) mempunyai semua spesies dalam K5 dengan tambahan X. moluccensis. Terdapat 390 individu dijumpai di K7. K5 menunjukkan kepadatan yang lebih tinggi (1260 ind./ha) berbanding di K7, yang lebih rendah (800 ind./ha). Kepelbagaian spesies adalah lebih tinggi di K7 (H’= 1.22) berbanding di K5 (H'= 0.76). Jumlah biojisim yang direkodkan adalah sebanyak 11.60 tan/ha, dengan stok karbon (5.80 t C/ha) dan 43.27 tan/ha, dengan stok karbon (21.64 t C/ha) di K5 dan K7, masing-masing. Kajian tentang ciri fizikal luang kanopi mendapati bahawa julat saiz luang yang diukur adalah pada 370-750 m2. Peratus pembukaan kanopi hanya mempunyai hubungan yang kuat (r2= 0.77) dengan suhu air liang tanah sahaja, dan tidak pada pH dan kemasinan. Purata suhu adalah paling tinggi di bahagian pusat luang (28.48±0.48°C), lebih rendah di bahagian bucu kanopi (27.37±0.20 °C), dan paling rendah di kawasan kanopi (26.13±0.10°C). Manakala, pH dan kemasinan adalah seragam di setiap plot. Bagi kajian dinamik komuniti, sejumlah 618 anak benih telah direkodkan di K5 dan 66 individu di K7 dengan diwakili lima spesies di setiap kawasan. Kedua-dua kawasan diwakili oleh famili Meliaceae dan Rhizophoraceae sahaja. Kadar kemandirian adalah lebih tinggi di K5 berbanding K7, begitu juga kadar pertambahan tinggi tahunan (RGR) lebih tinggi di K5 berbanding K7. Sebaliknya, RGR bilangan daun pula lebih tinggi dalam K7. Kajian penjanaan semula hutan merekodkan saiz luang kanopi berada pada julat 5-606 m2. Kekerapan luang dalam julat 0.5-0.65 luang/tahun. Kadar penjanaan semula hutan adalah dalam julat 10 hingga 308 tahun/ha. Proses penutupan kanopi amat bergantung kepada pertumbuhan dan kemandirian anak-anak benih yang baru. Pengetahuan yang menyeluruh terhadap proses kedinamikan luang kanopi bukan sahaja memberi garis panduan kepada penyelidik, malah dapat memberi manfaat untuk pengurusan hutan paya bakau yang lebih baik di masa akan datang. Ia adalah selaras dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem bagi mengekalkan kestabilan sosio-ekonomi dan alam sekitar.,Ph.D
Pages: 162
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128128+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.28 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.