Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500542
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShahidan Radiman, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNur Suraya Ahmad (P78602)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:45:15Z-
dc.date.available2023-10-13T09:45:15Z-
dc.date.issued2020-09-25-
dc.identifier.otherukmvital:128124-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500542-
dc.descriptionDalam dunia moden ini, para saintis dan pemain industri saling berlumba untuk mencipta dan menghasilkan produk yang menggunakan teknologi nano. Pelbagai produk yang melibatkan bahan bersaiz nano telah digunakan untuk penghasilan produk yang mampu memberikan kebaikan dan manfaat kepada manusia. Nanozarah oksida besi adalah salah satu nanozarah yang digunakan di dalam pelbagai aplikasi seperti penyimpanan data magnetik, pengesanan bio, penghantaran ubat, rawatan dan pemulihan tanah terkontaminasi. Penggunaan ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan kuantiti nanozarah yang terlepas ke dalam persekitaran. Senario pelepasan nanozarah oksida besi daripada produk pengguna ke dalam air semula jadi dan persekitaran menimbulkan kebimbangan yang besar pada masa kini. Penilaian terhadap pengagregatan, kestabilan dan pengangkutan nanozarah di dalam persekitaran adalah penting dikaji untuk menentu nasib dan tingkah laku nanozarah di dalam persekitaran pada jangka masa pendek dan panjang. Pengaggregatan dan kestabilan nanozarah oksida besi telah dikaji di dalam kepelbagaian kepekatan asid humik, kepekatan nanozarah, pH dan masa. Manakala pengangkutan nanozarah oksida besi di dalam pasir silika telah dikaji dengan pelbagai kelajuan (2.93 ml min-1, 6.50 ml min-1 dan 10.00 ml min-1). Kaedah pencirian dengan menggunakan DLS, UV-Vis dan TEM, manakala untuk pembuktian model DLVO dan kecekapan pelekatan telah dikirakan. Hasil kajian mendapati, nanozarah di dalam larutan berasid (pH 3–pH 5) menunjukkan ketidakstabilan dan mendak akibat dari daya tarikan van der Waals. Manakala nanozarah di dalam larutan beralkali (pH 6- pH 9) menunjukkan kestabilan walaupun selepas 14 hari yang disebabkan oleh daya tolakan elektrostatik. Berdasarkan model kecekapan pelekatan didapati bahawa kadar halaju yang rendah iaitu 2.93 mL min-1 memberi kecekapan pelekatan yang tinggi berbanding halaju lain. Secara kesimpulannya, dalam keadaan persekitaran yang sebenar iaitu pH air 5.5-8.5, nanozarah oksida besi mengalami kestabilan dan boleh diangkut. Selain itu, nanozarah oksida besi juga mampu untuk memasuki dan bergerak di dalam pasir silika sehingga jarak 116.37 m dengan halaju air di persekitaran sebenar iaitu 2.93 mL min-1. Model DLVO dan kecekapan pelekatan adalah sesuai digunakan untuk meramal kestabilan dan pengangkutan nanozarah oksida besi di dalam air dan media poros.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectNanozarah-
dc.subjectNanozarah oksida besi-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKestabilan dan pengangkutan nanozarah oksida besi dalam air dan medum pasir silika-
dc.typeTheses-
dc.format.pages118-
dc.identifier.barcode006516(2021)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128124+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.68 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.