Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500538
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHarun Baharudin, Dr.-
dc.contributor.authorNabihah Yusof (P84642)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:45:12Z-
dc.date.available2023-10-13T09:45:12Z-
dc.date.issued2021-04-09-
dc.identifier.otherukmvital:124246-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500538-
dc.descriptionKajian ini dijalankan untuk membina Modul i – Aqrān untuk pengukuhan kosa kata Arab dalam pembelajaran pelajar UiTM dengan menggunakan kajian reka bentuk dan pembangunan. Terdapat tiga fasa yang mendasari kajian ini untuk pembinaan Modul i – Aqrān. Fasa pertama, melibatkan analisis keperluan yang menggunakan borang soal selidik yang telah dijalankan terhadap 40 orang pensyarah bahasa Arab dan 346 orang pelajar UiTM. Data yang diperolehi dianalisis melalui statistik deskriptif dan interpretasi analisis adalah berdasarkan kepada nilai peratusan. Fasa kedua bertujuan untuk mendapatkan kesepakatan pakar tentang elemen – elemen yang sesuai dan tepat untuk dimasukkan dalam Modul i – Aqrān untuk pengukuhan kosa kata Arab dalam pembelajaran pelajar UiTM. Kajian ini menggunakan aplikasi Teknik Fuzzy Delphi. Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan konsensus pakar terhadap enam konstruk utama yang mengandungi 34 item. Teknik Fuzzy Delphi digunakan bagi mendapatkan konsensus pakar seramai 15 pakar daripada 7 institusi pengajian di Malaysi. Dapatan kajian menunjukkan pakar mendapat konsensus bersetuju dengan 25 item kajian mempunyai nilai purata dan penilaian pakar adalah kurang dari nilai threshold (d) ≤ 0.2. Peratus persetujuan pakar juga menunjukkan 27 item tersebut berada melebihi nilai 75%. Manakala 7 item yang tidak mendapat peratus persetujuan pakar iaitu kurang daripada nilai 75% ditolak. Kesemua item yang telah mendapat konsensus pakar disusun mengikut keutamaan. Fasa ketiga melibatkan penilaian keberkesanan Modul i – Aqrān yang menggunakan soalan ujian pencapaian yang telah dijalankan terhadap 60 responden dalam kajian eksperimen kuasi (kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan). Data yang diperolehi dianalisis melalui ujian – t. Manakala untuk kajian kebolehgunaan Modul i – Aqrān pula melibatkan borang selidik yang dilaksanakan terhadap 30 responden kumpulan rawatan. Data yang diperolehi dianalisis melalui statistik deskriptif dan interpretasi analisis adalah berdasarkan nilai peratusan. Dapatan yang diperolehi menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan rawatan (menggunakan Modul i – Aqrān) dengan kumpulan kawalan (pembelajaran secara konvensional) dari segi pencapaian berdasar ujian pasca.Dapatan membuktikan bahawa min skor tahap ujian pencapaian kumpulan rawatan (menggunakan Modul i – Aqrān) lebih tinggi berbanding min skor tahap ujian pencapaian kumpulan kawalan (pembelajaran secara konvensional) berdasarkan ujian pasca.Dapatan kajian menunjukkan hampir majoriti pelajar (kumpulan rawatan) memberi persepsi yang positif terhadap kebolehgunaan Modul i – Aqrān untuk pengukuhan kosa kata Arab. Pelajar bersetuju bahawa Modul i – Aqrān membantu mereka dalam menyiapkan tugasan secara efektif dan memudahkan mereka berinteraksi sesama rakan. Disamping itu, pelajar juga bersetuju bahawa Modul i – Aqrān membantu mereka belajar dengan cepat dan menjimatkan masa pembelajaran mereka. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan bahan pembelajaran Modul i – Aqrān telah memberi sumbangan dalam meningkatkan tahap pencapaian pelajar dan mengubah persepsi pelajar terhadap keberkesanan Modul i – Aqrān untuk pengukuhan kosa kata Arab.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjecti - Aqran-
dc.subjectBahasa Arab -- Pengajaran dan pembelajaran-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePembinaan modul i - Aqran untuk pengukuhan kosa kata Arab dalam pembelajaran pelajar UiTM-
dc.typeTheses-
dc.format.pages386-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124246+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.