Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500533
Title: Kerentanan arus ulang alik dan sifat elektrik superkonduktor suhu tinggi bi1.6Pb0.4Sr2CaCu2O8 dengan penambahan logam sulfida (CdS,PbS, ZnS, FeS dan MoS2)
Authors: Masnita Mat Jusoh (P94575)
Supervisor: Roslan Abd Shukor, Prof. Dato�� Dr
Keywords: Superkonduktor
Logam sulfida
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Feb-2021
Description: Superkonduktor asas kuprum oksida sistem bismut mempunyai dua fasa suhu tinggi iaitu Bi1.6Pb0.4Sr2Ca2Cu3O10 (Bi-2223) dan Bi1.6Pb0.4Sr2CaCu2O8(Bi-2212). Fasa Bi 2223 lebih banyak dikaji kerana suhu gentingnya yang tinggi iaitu 110 K berbanding Bi-2212 dengan suhu genting 80 K. Namun begitu Bi-2212 mempunyai kelebihan kerana fasa ini boleh disediakan dalam bentuk wayar bulat dan mempunyai medan genting yang lebih tinggi pada suhu rendah berbanding Bi-2223. Kesan berbagai jenis unsur dan sebatian seperti logam oksida terhadap Bi-2212 dan Bi-2223 telah dikaji. Walau bagaimanapun tidak banyak kajian mengenai kesan logam sulfida terhadap Bi 2212 yang dilaporkan. Penyelidikan ini adalah mengenai kesan penambahan logam sulfida, CdS, PbS, ZnS, FeS, dan MoS2bersaiz nano terhadap superkonduktor Bi1.6Pb0.4Sr2CaCu2O8. Sampel telah disediakan melalui kaedah tindak balas keadaan pepejal dengan komposisi permulaan Bi1.6Pb0.4Sr2CaCu2O8(MS)xdengan M=Cd, Pb, Zn, Fe dan Mo dan x = 0 – 10 % berat. Pencirian yang dijalankan termasuklah struktur dan mikrostruktur, rintangan elektrik untuk menentukan suhu genting, kerentanan arus ulang alik dan ketumpatan arus genting. Corak pembelauan sinar-X menunjukkan Bi 2212 adalah fasa dominan bagi kesemua sampel iaitu melebihi 70 %. Kesemua sampel menunjukkan struktur sel ortorombik. Corak pembelauan sinar-X juga menunjukkan beberapa puncak benda asing dengan keamatan yang rendah. Mikrograf daripada mikroskop elektron imbasan pancaran medan menunjukkan imej morfologi berstruktur plat yang berlapis. Sampel tanpa penambahan mencatatkan suhu genting mula, Tc mula (83 K) dan suhu genting rintangan sifar, Tc sifar (74 K). Penambahan CdS menunjukkan peningkatan suhu genting dengan nilai maksimum Tc mula = 90 K dan Tc sifar = 81 K. Penambahan logam sulfida yang lain telah merendahkan nilai suhu genting, Tc. Kesemua sampel dengan penambahan logam sulfida menunjukkan sifat logam kecuali Bi1.6Pb0.4Sr2CaCu2O8(FeS)xpada komposisi x = 5 % yang menunjukkan sifat semikonduktor pada keadaan biasa. Pengukuran kerentanan arus ulang alik telah dijalankan pada 295 Hz dan medan magnet H = 5 Oe. Nilai suhu genting daripada kerentanan nyata, Tcχ’ dengan nilai suhu genting mula, Tc mula sedikit berbeza disebabkan oleh perbezaan sifat superkonduktor yang dikesan. Tcχʹ melibatkan permulaan diamagnetisme sampel manakala suhu genting melalui kaedah penduga empat titik menunjukkan permulaan pembentukan superarus. Tcχʹ berada antara 52 dan 97 K. Suhu puncak, Tpuntuk kerentanan khayal, χʺ adalah tertinggi bagi sampel Bi1.6Pb0.4Sr2CaCu2O8(CdS)xdengan x = 3 % (Tp= 73 K). Ini menunjukkan penambahan logam sulfida seperti CdS dapat menguatkan pengepinan fluks. Ketumpatan arus genting antara butiran, Jcpada Tpialah dalam julat 15 hingga 25 A cm-2untuk kesemua sampel. Secara keseluruhan penyelidikan ini menunjukkan logam sulfida seperti CdS berupaya meningkatkan pengepinan fluks bahan Bi1.6Pb0.4Sr2CaCu2O8. Hasil kajian ini juga menunjukkan untuk penambahan kurang daripada 10 %, logam sulfida tidak menjejaskan suhu genting. Logam sulfida seperti CdS boleh digunakan untuk meningkatkan arus genting superkonduktor Bi1.6Pb0.4Sr2CaCu2O8.,Ph.D.
Pages: 117
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123598+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
9.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.