Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500532
Title: Pembangunan modul fizik MOOC untuk pembelajaran pelajar diploma di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Authors: Norbaizura Nordin (P65556)
Supervisor: Rozidawati Awang, Dr.
Keywords: Fizik -- Pengajaran dan pembelajaran
Fizik MOOC
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Feb-2021
Description: Permasalahan utama yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran Fizik adalah dari segi bahan pembelajaran iaitu buku teks dilihat sangat padat menyebabkan pelajar hilang fokus dan keupayaannya memberi gambaran fenomena konsep Fizik adalah terhad. Hal tersebut menyebabkan pelajar kurang bermotivasi dalam pembelajaran. Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti permasalahan dan kesukaran pelajar di peringkat diploma dalam pembelajaran Fizik. Seterusnya menguji persepsi pelajar terhadap pembelajaran menggunakan buku teks dan MOOC. Selanjutnya membangunkan modul pembelajaran teradun Fizik secara MOOC dan menguji persepsi pelajar terhadap penggunaan modul yang dibangunkan. Akhirnya, menilai keberkesanan pencapaian pelajar melalui perbandingan pembelajaran menggunakan buku teks (kumpulan kawalan) dan modul Fizik MOOC (kumpulan eksperimen). Metodologi kajian dan pembangunan modul Fizik MOOC adalah berasaskan Model ASSURE. Manakala model pendidikan adalah berteraskan model pengajaran Gagne serta teori pembelajaran iaitu behaviourisme, kognitif dan konstruktivisme. Selain itu reka bentuk navigasi, carta alir dan papan cerita serta susun letak dibangunkan berdasarkan rekabentuk Model CASPER. Proses pembangunan modul dijalankan menggunakan perisian pengarang utama seperti OpenLearning, Video Marker, Macromedia Flash, Simulation, Photoshop dan lain-lain. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif iaitu temubual dan penilaian respon terbuka pelajar menggunakan perisian Nvivo, dan secara kuantitatif iaitu penilaian berdasarkan aras penerimaan menggunakan perisian SPSS. Kajian kesukaran pembelajaran Fizik mendapati pelajar paling bermasalah dalam topik Rotational and Circular Motion: Relation Between Angular, Tangential and Centripetal Quantities. Ini kerana komplikasi gabungan teori, konsep dan aplikasi adalah sukar untuk difahami pelajar. Keseluruhannya, kajian persepsi pelajar terhadap pembelajaran antara penggunaan buku teks (M= 3.483, interpretasi sederhana) manakala, kaedah MOOC (M= 3.596, interpretasi positif). Kajian persepsi penggunaan Modul Fizik MOOC adalah sangat positif dalam julat (M = 4.248 hingga 4.320). Kajian keberkesanan pencapaian pelajar menunjukkan terdapat perbezaan signifikan peningkatan pencapaian antara skor ujian pra dan pos (t (109) =13.431; p=0.000< 0.05) bagi kumpulan kawalan (M=0.891, SP= 3.43042) dan kumpulan eksperimen (M= 7.027, SP =2.77426). Peningkatan pencapaian kumpulan eksperimen adalah lebih baik berbanding kumpulan kawalan. Ini jelas menunjukkan kumpulan eksperimen berjaya meningkatkan pencapaian akademik setelah menggunakan Modul Fizik MOOC dalam pembelajaran.,Ph.D.
Pages: 242
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123127+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.93 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.