Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500530
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNurul Wahida Othman, Dr.
dc.contributor.authorZeti Aktar Ayob (P78438)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:45:02Z-
dc.date.available2023-10-13T09:45:02Z-
dc.date.issued2021-07-31
dc.identifier.otherukmvital:123125
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500530-
dc.descriptionAbrosoma johorensis merupakan spesies serangga ranting yang berupaya mengeluarkan cecair rembesan dari badannya sebagai salah satu medium pertahanan sekunder. Tumbuhan perumah pilihan spesies ini ialah Melastoma malabthricum dan Clidemia hirta (Famili: Melastomaceae). Namun, hubungan di antara tumbuhan perumah dan diet pemakanan serangga ini masih belum diketahui. Cecair rembesan pertahanannya mungkin didapati daripada diet hariannya atau dihasilkan sendiri oleh sel badannya. Sehingga kini perkaitan di antara pemakanan, kelenjar rembesan dan sistem penghadamannya masih belum dikaji secara lanjut. Oleh itu, kajian ini akan mengenalpasti jenis tumbuhan yang dimakan oleh A. johorensis dengan menggunakan analisis DNA barkod dan seterusnya mengecamkan ciri morfologi dan histologi bagi kelenjar rembesan pertahanan, kelenjar liur dan saluran penghadamannya melalui mikroskop cahaya serta mikroskop pengimbas elektron (SEM) dan mikroskop transmisi elektron (TEM). Kaedah histologi dilakukan dengan medium resin dan blok parafin yang menggunakan pewarnaan khas Periodic Acid Schiff (PAS) dan Biru Alsian. Kandungan protein dan sebatian kimia yang terdapat pada kelenjar rembesan pertahanan, sistem penghadaman serta tumbuhan yang dimakan dicirikan menggunakan kaedah pengestrakan kimia dan kaedah proteomik. Akhir sekali, lokaliti biogenik amina utama, serotonin (5-HT) pada salur penghadaman dan kelenjar rembesan pertahanan dicerap menggunakan teknik immunohistokimia (IHC) dan immunofluoresen (IF) bagi mengetahui peranannya. Persampelan dilakukan sebanyak 14 kali di Gunung Ledang, Johor dari tahun 2015 hingga 2019. Kaedah penentuan molekul DNA barkod pada bahagian usus telah mengesahkan bahawa A. johorensis memakan daun M. malabathricum sebagai diet hariannya. Morfologi kasar menunjukkan bahawa individu betina mempunyai saiz badan dan saluran penghadaman yang lebih panjang serta saiz kelenjar rembesan yang lebih besar berbanding individu jantan. Pemerhatian histologi telah mengenalpasti struktur sel epitelium dan sel aparatus perembes pada kelenjar rembesan pertahanan serta usus tengah yang terlibat dalam penyerapan nutrien dan perembesan enzim. Penentuan lokaliti 5-HT menunjukkan tindak balas positif pada bahagian sel epitelium perembes yang terdapat pada sistem penghadaman dan kelenjar rembesan pertahanan yang menunjukkan peranannya dalam regulasi organ ini. Lapan padanan protein telah direkodkan pada kelenjar rembesan pertahanan manakala 33 padanan protein pula pada usus tengah dengan enam protein yang bertindih iaitu glyceraldehyde 3-phosphate dehidrogenase, pyruvate kinase, succinate dehydrogenase, Calreticulin, Triosephosphate isomerase dan elongation factor-2. Dua protein unik dikenalpasti pada kelenjar rembesan pertahanan iaitu Ebna 2 binding protein P100 dan Filamin C. Pengestrakkan menggunakan pelarut diklorometana (DCM) dan HS-SPME pada cecair rembesan pertahanan merekodkan sebatian kimia, Pentadekana (C15H32) yang juga direkodkan daripada pengestrakkan metanol M. malabathricum. Sebatian C15H32 adalah komponen minyak meruap yang dipisahkan daripada spesies tumbuhan yang juga berperanan sebagai metabolit haiwan dan tumbuhan serta mempunyai potensi aktiviti biologi sebagai antibakteria. Oleh itu, semburan kimia daripada kelenjar rembesan A. johorensis adalah berasal daripada daun tumbuhan perumah yang dimakannya yang kemudian diproses menjadi toksin sebagai rembesan pertahanannya namun mempunyai sebatian penting bagi tujuan farmaseutikal yang boleh dimanipulasi kelak.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectAbrosoma johorensis
dc.subjectSerangga ranting
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleMorfologi, morfometrik, histologi dan lokaliti amina biogeni serotonin dan kimia pada kelenjar rembesan pertahanan serta sistem penghadaman serangga ranting, Abrosoma johorensis (Phasmida: Aschiphasmatidae) dan tumbuhan perumah
dc.typeTheses
dc.format.pages243
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123125+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.72 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.