Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500529
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNurul Wahida Othman, Dr.-
dc.contributor.authorWan Nurul 'Ain Wan Mohd Nor (P83927)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:45:00Z-
dc.date.available2023-10-13T09:45:00Z-
dc.date.issued2021-08-07-
dc.identifier.otherukmvital:123124-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500529-
dc.descriptionRhynchophorus ferrugineus atau Kumbang Palma Merah (RPW) merupakan serangga perosak utama bagi spesies pokok palma di seluruh dunia termasuklah tanaman kelapa (Cocos nucifera) di Malaysia. Kaedah pengawalan RPW di Malaysia kini lebih tertumpu pada kaedah kawalan kimia yang menggunakan racun serangga sintetik. Selain mengawal infestasi RPW secara jangka pendek, kaedah tersebut juga dikhuatiri boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Oleh itu, kajian ini telah mengetengahkan kaedah kawalan secara biologi sebagai alternatif iaitu dengan melihat potensi peptida sintetik Wolbachia novel, WolFar untuk dijadikan sebagai biopestisid. Peptida WolFar ini merupakan peptida yang terubahsuai daripada jujukan protein permukaan bakteria endosimbion Wolbachia (wsp) yang diasingkan daripada penyengat endoparasitoid, Fopius arisanus. Kajian ini dijalankan bagi menentukan kesan peptida WolFar ini terhadap sistem imunisasi semulajadi RPW dengan memfokuskan kepada perubahan kandungan protein dalam hemolimfa, tindakan hemosit serta kesan terhadap morfologi dan histologi ovari RPW. Sebanyak 60 individu betina RPW dari tiga kawasan tanaman pokok kelapa yang terinfestasi iaitu Seberang Takir (Terengganu), Kuala Krai (Kelantan) dan Yan (Kedah) telah disaring menggunakan kaedah tindak balas berantai polimerase (PCR) serta penanda spesifik iaitu gen wsp. Kesemua individu direkodkan tiada jangkitan (0.00 %) Wolbachia. Pengenalpastian protein melalui kaedah Kromatografi Cecair - Spektrometri Jisim (LC-MS) telah berjaya mendapat padanan sebanyak 143 protein dalam hemolimfa RPW. Bagi pencirian protein unik pula, didapati bahawa protein unik yang diekspreskan dalam hemolimfa RPW yang terawat menunjukkan terdapat lima protein yang terhasil daripada endosimbion RPW, Candidatus nardonella iaitu i) Elongation factor Ts (gen: tsf), ii) DNA-directed RNA polymerase subunit beta (gen: RpoB), iii) 60 kDa chaperonin (gen: groL), iv) 60 kDa chaperonin (gen: groEL) dan v) Seryl Trna synthetase (gen: serS) yang juga menunjukkan bahawa RPW memerlukan bakteria endosimbion dalam membantunya melawan kehadiran patogen. Protein 60 kDa chaperonin memainkan peranan dalam sistem keimunan RPW. Protein yang terlibat dalam perkembangan RPW pula tertindas dengan kehadiran peptida WolFar iaitu Juvenile hormone binding protein. Lima jenis hemosit telah dikenalpasti dalam hemolimfa RPW dewasa iaitu granulosit (GR) (82%), plasmatosit (PL), (10%), oenosit (OE) (4%), sferulosit (SF) (3%) dan prohemosit (PR) (1%) dengan GL dan PL menjadi hemosit utama dalam tindakan keimunan RPW yang dirawat dengan WolFar. Rawatan WolFar berkepekatan 1.66 mmol/L menunjukkan perubahan yang signifikan melalui analisis jumlah pembezaan hemosit. Pemerhatian terhadap morfometrik dan morfologi hemosit pula menunjukkan peptida WolFar memberikan kesan keabnormalan terhadap hemosit RPW terutamanya sel GR dan PL. Kesan visual pula diterangkan melalui perubahan morfologi dan histologi ovari RPW serta pembentukan nodul pada jasad lemak. Perubahan morfologi pada kepanjangan ovariol terutamanya pada zon pra-vitelogenik, serta histologi seperti pewarnaan pudar nukleus, pengurangan sel perawat dan pembentukan vakuol pada ovariol dapat dilihat selepas rawatan peptida WolFar dikenakan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa peptida WolFar berasaskan Wolbachia ini berpotensi untuk dijadikan sebagai biopestisid bagi mengawal populasi RPW pada masa akan datang.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPeptida sintetik-
dc.subjectRhynchophorus ferrugineus-
dc.subjectKumbang Palma Merah-
dc.subjectWolbachia (WolFar)-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKesan peptida sintetik Wolbachia (WolFar) terhadap protein hemolimfa, hemosit dan ovari Kumbang Palma Merah, Rhynchophorus ferrugineus (Coleoptera: Dryophthoridae)-
dc.typeTheses-
dc.format.pages281-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123124+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.