Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500522
Title: Kesan penggantian unsur nadir bumi dan logam alkali terhadap superkonduktor TlSr2CaCu2O7 dan TlSr2Ca0.8Cr0.2Cu2O7
Authors: Ilhamsyah Putra Abu Bakar (P93149)
Supervisor: Roslan Abd. Shukor, Prof. Dato�� Dr.
Keywords: Logam alkali
Unsur nadir bumi
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 31-Jul-2021
Description: Penggantian unsur memainkan peranan yang penting dalam menentukan sifat kesuperkonduksian TlSr2CaCu2O7(Tl-1212). Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggantian unsur nadir bumi (M = Er, Gd, dan La) dan logam alkali (M = Li, Na, K, dan Rb) yang mempunyai keadaan valensi dan jejari ion yang berbeza terhadap kesuperkonduksian Tl0.7M0.3Sr2CaCu2O7dan Tl0.7M0.3Sr2Ca0.8Cr0.2Cu2O7. Semua sampel disediakan menggunakan kaedah tindak balas keadaan pepejal. Struktur, fasa terhablur, dan parameter kekisi sampel ditentukan menggunakan pencirian XRD. Pencirian FESEM digunakan untuk mencerap mikrostruktur sampel manakala analisis EDX digunakan untuk menentukan unsur di dalam sampel. Pengukuran kerintangan elektrik melawan suhu diperoleh menggunakan kaedah penduga empat titik. Pengukuran kerentanan arus ulang alik dan Jc(Tp) ditentukan menggunakan suseptometer arus ulang alik. Corak XRD menunjukkan kewujudan fasa Tl-1212, Tl 1201, dan Ca0.3Sr0.7CuO2dalam semua sampel. Penggantian unsur nadir bumi untuk komposisi Tl0.7M0.3Sr2CaCu2O7dan Tl0.7M0.3Sr2Ca0.8Cr0.2Cu2O7 menunjukkan fasa Tl 1212 ialah dominan. Penggantian logam alkali untuk komposisi Tl0.7M0.3Sr2CaCu2O7 menunjukkan kewujudan fasa Tl-1212 namun tidak mensuperkonduksi walaupun kerintangan pada suhu bilik lebih rendah berbanding penggantian unsur nadir bumi. Untuk komposisi Tl0.7M0.3Sr2Ca0.8Cr0.2Cu2O7, penggantian unsur nadir bumi menambah baik pembentukan fasa Tl-1212 tetapi merendahkan Tc. Mikrograf FESEM mempamerkan saiz butiran semakin mengecil apabila jejari ion unsur nadir bumi semakin berkurang untuk komposisi Tl0.7M0.3Sr2CaCu2O7 manakala untuk komposisi Tl0.7M0.3Sr2Ca0.8Cr0.2Cu2O7, saiz butiran untuk sampel dengan penggantian adalah lebih kecil berbanding sampel tanpa penggantian. Semua sampel bersifat logam dalam keadaan normal kecuali untuk sampel Tl0.7Li0.3Sr2CaCu2O7. Tc mula dan Tc sifar bagi penggantian unsur nadir bumi untuk komposisi Tl0.7M0.3Sr2CaCu2O7adalah masing masing antara 87 hingga 90 K dan 69 hingga 81 K. Penggantian logam alkali untuk komposisi Tl0.7M0.3Sr2Ca0.8Cr0.2Cu2O7 menunjukkan Tc sifar yang lebih tinggi berbanding penggantian unsur nadir bumi. Pencirian kerentanan AU menunjukkan Tc χ' bagi penggantian unsur nadir bumi untuk komposisi Tl0.7M0.3Sr2CaCu2O7adalah antara 59 hingga 80 K. Untuk komposisi Tl0.7M0.3Sr2Ca0.8Cr0.2Cu2O7pula, penggantian logam alkali menunjukkan Tc χ'yang lebih tinggi berbanding penggantian unsur nadir bumi. Tp untuk logam alkali adalah lebih tinggi berbanding penggantian unsur nadir bumi menunjukkan gandingan antara butiran dan tenaga pengepinan fluks untuk logam alkali adalah lebih baik berbanding penggantian unsur nadir bumi. Jc(Tp) yang dikira menggunakan model Bean adalah 17 hingga 24 A cm-2untuk semua sampel mensuperkonduksi. Kesan perbezaan keadaan valensi, jejari ion, konsep purata valensi Cu, dan kesuperkonduksian gelombang-d turut dibincangkan. Hasil penting daripada kajian ini ialah unsur nadir bumi dengan keadaan berbilang valensi dapat meningkatkan sifat superkonduktor Tl-1212 manakala logam alkali yang bervalensi +1 dan jejari ion yang lebih besar berbanding ion Tl tidak membantu dalam pembentukan sifat superkonduktor sistem ini.,Ph.D.
Pages: 220
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123118+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.82 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.