Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500519
Title: Pembinaan model biomekanik dinamik beban beg galas ke atas kanak-kanak sekolah rendah tahap satu
Authors: Sharipah Alwiah Syed Abd Rahman (P42603)
Supervisor: Azmin Sham, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Biomechanics
Biomechanics -- Mathematical models
Students -- Malaysia
Issue Date: 7-Oct-2014
Description: Penggunaan beg galas oleh kanak-kanak sekolah dan orang dewasa semakin meluas. Namun, pembawaan beg galas dengan beban yang berlebihan boleh menyebabkan kesan ke atas prestasi gaya berjalan kanak-kanak sekolah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pembawaan beg galas ke atas sudut kecondongan badan dan kepala, untuk mendapatkan kilasan pada bahagian atas sendi, iaitu badan dan kepala dan untuk mengkaji kilasan dan daya-daya beg galas dalam arah komponen x dan y. Suatu pemodelan biomekanik 2-matra, dua rantaian kinematik yang terdiri daripada segmen badan dan kepala, telah dibangunkan menggunakan kaedah Kane dan kaedah dinamik songsang telah diaplikasikan untuk mengira nilai kilasan. Data kinematik daripada tujuh subjek, iaitu empat lelaki dan tiga perempuan yang sihat tubuh badan dengan purata umur dan berat, 7.86 ± 0.90 tahun dan 26.27 ± 4.22 kg masing-masing telah diambil sebagai input dalam persamaan dinamik. Subjek dikehendaki berjalan di atas trek sepanjang enam meter, dengan kelajuan sendiri sambil membawa beg galas dengan empat beban yang berbeza : 0%, 10%, 15% dan 20% daripada berat badan (BB). Perisian komputer sistem analisis pergerakan Vicon Nexus 1.5.2 dengan tujuh set kamera inframerah yang mempunyai kelajuan rakaman 50 Hz telah digunakan dalam kajian ini. Data mentah ditapis menggunakan Analisis Data Fungsian dalam perisian program R. Hasil kajian menunjukkan subjek berjalan dengan badan dan kepala condong ke hadapan dalam semua keadaan beban yang berbeza. Sudut kecondongan badan dan kepala meningkat dengan ketara antara beban 0% dan 10%, 15% dan 20% daripada BB. Semakin bertambah beban daripada 0 kepada 20% daripada BB, sudut kecondongan badan dan kepala masing-masing bertambah lebih kurang 5° dan 18°. Walaupun tiada perbezaan yang ketara dalam sudut kecondongan badan antara 15 dan 20% daripada BB (p = 0.672), terdapat perbezaan yang ketara dalam keempat-empat beban yang berbeza bagi sudut kecondongan kepala. Kajian kinetik menunjukkan badan dan kepala condong ke hadapan dengan nilai yang paling maksimum semasa sokongan tunggal, manakala nilai kilasan berkurang untuk memastikan kestabilan wujud. Dalam fasa ayunan, kilasan bertambah apabila badan dan kepala melakukan ekstensi dengan nilai yang paling minimum. Satu pemodelan tubuh manusia membawa beg galas dalam satah sagital telah dibangunkan menggunakan kaedah Newton-Euler untuk mengira daya dan kilasan beg galas. Bagi mendapatkan pergerakan beg galas relatif kepada badan, satu sistem regangan beg galas dibangunkan diwakili oleh sistem spring-peredam dengan mengambil siri Fourier sebagai daya luaran. Nilai pemalar pekali peredam dan kekakuan spring (c = 2 dan k = 5) digunakan dalam analisis sistem regangan ini. Keputusan menunjukkan semasa sokongan tunggal, semakin beban bertambah, daya-daya bertambah 3 kali daripada beban 10% kepada 20% daripada BB, menyebabkan kilasan beg berkurang hampir 4 kali daripada beban 10% kepada 20% daripada BB. Sebaliknya, semasa fasa ayunan daya berkurang menyebabkan kilasan beg bertambah untuk stabilkan badan. Kesimpulannya, pembawaan beban beg galas yang walaupun hanya 10% daripada BB akan memberikan kesan ke atas sudut kecondongan badan dan kepala, menyebabkan badan dan kepala condong ke hadapan dan untuk kestabilan, kilasan badan dan kepala berkurang. Penambahan beban beg galas juga meningkatkan daya-daya beg galas dan menyebabkan kilasan beg galas berkurang untuk mengembalikan badan kepada posisi asal. Kilasan didapati mengimbangi badan untuk menstabilkan tubuh daripada kesan pembawaan beban yang berlebihan,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 153
Call Number: QH513.S533 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121697+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.