Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500514
Title: Pembangunan pelan induk penjadualan kerja bagi jururawat menggunakan teknik pengaturcaraan gol 0-1 dan model corak
Authors: Ruzzakiah Jenal (P39790)
Supervisor: Wan Rosmanira Binti Ismail, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Production scheduling
Electronic data processing
Nursing services -- Administration
Issue Date: 5-Jul-2014
Description: Institusi penjagaan kesihatan perlu menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan secara berterusan selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 52 minggu setahun. Keperluan terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berterusan menyebabkan jururawat harus bertugas pada setiap masa tanpa mengira hari. Namun proses penjadualan jururawat yang baik mengambil masa yang lama kerana perlu mempertimbangkan pelbagai aspek seperti polisi hospital, peraturan kerja dan permintaan jururawat untuk menghasilkan sebuah jadual bertugas yang berkualiti. Kepelbagaian objektif dan kekangan dalam penjadualan kerja bagi jururawat memerlukan kaedah penyelesaian yang mampu menangani masalah multi objektif. Oleh itu, objektif kajian adalah untuk membangunkan sebuah pelan induk penjadualan jururawat yang membantu ketua jururawat membuat keputusan dan perancangan terhadap aktiviti jururawat. Teknik pengaturcaraan gol 0-1 yang diungkap dalam bentuk model matematik diguna untuk membina model-model penjadualan jururawat. Kajian yang dijalankan melibatkan pelaksanaan dua peringkat iaitu peringkat pertama melakukan tinjauan kaji selidik terhadap proses penjadualan jururawat dan peringkat kedua membangunkan pelan induk penjadualan jururawat. Kaji selidik dijalankan untuk mengetahui proses yang berlaku dalam penjadualan jururawat, mengenal pasti kekangan dan objektif yang dipertimbangkan semasa proses penjadualan jururawat dan menilai kualiti jadual bertugas sedia ada. Pembangunan pelan induk penjadualan jururawat pula dilaksanakan dalam dua fasa. Fasa pertama adalah membangunkan rangka tindakan bagi penjadualan jururawat yang terdiri daripada model am. Fasa kedua seterusnya membangunkan sebuah pelan induk bagi penjadualan jururawat yang terdiri daripada model am bercorak yang dikitarkan. Kesemua model diuji dan ditentusah dalam pelbagai input seperti saiz jururawat dan tempoh penjadualan yang berbeza. Hasil pengujian model membuktikan bahawa model yang dibangunkan adalah sah. Kualiti jadual bertugas yang dihasilkan seterusnya dinilai berdasarkan faktor-faktor kesempurnaan, keseimbangan, kesihatan dan kesinambungan. Analisis menunjukkan pelan induk penjadualan jururawat yang dibangun memenuhi faktor-faktor kualiti yang digariskan. Pembangunan pelan induk penjadualan jururawat memberi gambaran yang meluas dan menyeluruh. Pelan induk penjadualan jururawat bukan sahaja membantu dan memudahkan ketua jururawat untuk membuat perancangan malahan membantu jururawat membuat perancangan terhadap aktiviti peribadi mereka,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 215
Call Number: TS157.5.R849 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121695+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.72 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.