Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500512
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHj. Sahrim Hj. Ahmad, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorKu Zarina Ku Ahmad (P47336)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:44:44Z-
dc.date.available2023-10-13T09:44:44Z-
dc.date.issued2014-02-26-
dc.identifier.otherukmvital:121692-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500512-
dc.descriptionDalam kajian ini, fabrikasi nanokomposit polimer ini dihasilkan dengan penambahan nanopengisi dalam kuantiti yang rendah (< 3% berat) iaitu nanozarah tanah liat dan nanotiub karbon ke dalam matriks epoksi yang diperkukuh cecair getah asli terepoksi. Nanokomposit ini berupaya meningkatkan sifat kekakuan, kekuatan dan terma. Sifat nanotiub karbon yang sangat unik menjadikan ia sebagai pilihan terbaik sebagai pengisi di dalam matriks epoksi diperkukuh LENR di dalam kajian ini. Namun begitu, penyerakan yang seragam merupakan cabaran terbesar dalam menghasilkan komposit berprestasi optimum. Justeru itu, nanozarah tanah liat yang mempunyai bentuk dan dimensi berbeza telah digunakan untuk memperbaiki penyerakan nanotiub karbon. Walaupun sehingga kini penyelidikan terhadap komposit epoksi berpengisi nanozarah tanah liat dan komposit epoksi berpengisi nanotiub karbon masih giat dijalankan, namun kajian terhadap komposit epoksi diperkukuh LENR berpengisi nanozarah tanah liat dan nanotiub karbon masih belum dikaji sehingga kini kerana komposit ini sangat kompleks. Justeru itu, parameter yang sesuai diperlukan dalam penghasilan produk yang mempunyai kualiti yang baik terutamanya sifat mekanik yang seimbang. Dalam kajian ini, pendekatan yang lebih komprehensif iaitu penggunaan rekabentuk eksperimen (DoE) digunakan daripada formulasi bahan dan pemprosesan sehinggalah pencirian bahan dijalankan dengan kaedah yang lebih efisien. Dalam kajian awal, beberapa parameter pemilihan bahan dan pemprosesan yang memberi kesan terhadap kekuatan regangan telah dipilih iaitu nisbah nanotiub karbon/nanozarah tanah liat, jenis nanozarah tanah liat, masa pengadukan 1, masa pengadukan 2, kandungan cecair getah terepoksi, jenis agen penyerak, suhu dan masa pra-matang, suhu dan masa matang. Menerusi eksperimen penentusahihan, kekuatan regangan telah meningkat sebanyak 61% berbanding epoksi tulen. Tatasusunan L9 kemudiannya dipilih untuk mengoptimumkan kekuatan hentaman dan keliatan patah. Analisis varian dan analisis purata digunakan untuk mendapatkan formulasi optimum dan menerusi analisis pembelauan sinar-X, penyerakan nanozarah tanah liat mempamerkan sedikit peningkatan apabila digabungkan dengan nanotiub karbon. Daripada pemerhatian morfologi, penyerakan nanotiub karbon lebih seragam dengan penambahan nanozarah tanah liat. Menerusi analisis terma, spesimen optimum mempunyai kestabilan terma yang lebih baik. Nanokomposit epoksi nanozarah tanah liat terawat dan nanokomposit epoksi nanotiub karbon terawat kemudiannya dihasilkan dengan mempertimbangkan parameter utama daripada sistem Analisis Taguchi yang telah dijalankan sebelumnya. Sistem komposit epoksi berpengisi nanotiub karbon mempunyai peningkatan yang lebih tinggi terhadap sifat mekanik berbanding kehadiran nanozarah tanah liat di dalam matriks epoksi. Rawatan asid terhadap nanotiub karbon telah memperbaiki penyerakannya di dalam matriks epoksi berdasarkan beberapa kumpulan berfungsi yang hadir yang diperhatikan daripada analisis spektroskopi infra merah,Tesis ini tiada Pengakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectNanocomposites (Materials)-
dc.subjectPolymer clay-
dc.subjectNanotubes-
dc.titleKomposit epoksi hibrid diperkukuh getah berpengisi nanozarah tanah liat dan nanotiub karbon-
dc.typeTheses-
dc.format.pages233-
dc.identifier.callnoTA418.9.N35K85 2014 tesis-
dc.identifier.barcode003161 (2014)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121692+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.72 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.