Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500509
Title: Kaedah analisis komponen utama-analisis penyampulan data terubah suai untuk mengukur kecekapan penggunaan kereta pasaran tempatan
Authors: Grace Yap Lee Ching (P49124)
Supervisor: Wan Rosmanira Ismail, Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Principal components analysis
Factor analysis
Data envelopment analysis
Automobile industry and trade
Issue Date: 30-Aug-2012
Description: Analisis penyampulan data (APD) telah menjadi suatu alat pengukuran yang popular dalam analisis kecekapan. APD yang mempunyai ciri tak berparameter, menghadapi masalah sumpahan kematraan yang seterusnya merumitkan proses penandaarasan. Analisis komponen utama (AKU) merupakan kaedah yang cekap untuk pengurangan matra. Namun, disebabkan komponen-komponen utama tidak berkorelasi antara satu sama lain, sesetengah pemboleh ubah akan mempunyai tanda yang bertentangan dengan pemboleh-pemboleh ubah yang lain. Ini mengakibatkan komponen utama gagal untuk mematuhi andaian kebolehgunaan bebas dalam model APD, dan ini mungkin mengakibatkan penyelesaian tersaur tak terbatas dalam pengaturcaraan linear. Berkaitan dengan isu-isu ini, kajian memberi penekanan kepada tiga aspek. Pertamanya, beberapa pendekatan yang dapat mengatasi masalah kesan beza jelas dalam komponen utama dikaji yang dengannya pengubahsuaian terhadap komponen utama dicadangkan. Kaedah yang melibatkan perubahan minimum dikenal pasti dan yang demikian dinamakan model AKU-APD Terubah Suai (TS). Uji kaji Monte Carlo menunjukkan bahawa dalam kerangka kerja yang bermatra tinggi, penganggar AKUAPD TS menghasilkan anggaran yang lebih tepat daripada APD piawai. Oleh kerana penganggar titik terikat kepada ralat pensampelan, aspek kedua kajian ini ialah mencari satu metodologi untuk melakukan inferens berstatistik yang dapat mengelak ralat pensampelan dalam model APD yang bermatra tinggi, dengan memberi penumpuan kepada anggaran yang dihasilkan oleh penganggar AKU-APD TS. Berdasarkan model statistik penganggar ini, taburan asimptot dianggar dengan menggunakan kaedah butstrap pelicinan ganda dua. Aspek ketiga kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan penganggar AKU-APD TS dengan mengkaji kecekapan penggunaan kereta tempatan. Analisis ini adalah penting kerana walaupun pasaran kereta adalah kompetitif, sehingga kini, tiada maklumat sedia ada tentang perbandingan antara kereta daripada perspektif pengguna. Memandangkan terdapatnya banyak atribut yang dipertimbangkan oleh pengguna, tetapi bilangan kereta yang homogen adalah sedikit, maka analisis kecekapan produk akan terjejas disebabkan oleh masalah sumpahan kematraan. Dengan matra yang kurang, tetapi mencakupi maklumat sebanyak mungkin daripada maklumat asal, penganggar AKUAPD TS mempunyai kuasa diskriminasi yang lebih tinggi daripada penganggar APD piawai. Di bawah andaian skala pulangan malar, kurang daripada 1/3 jumlah kereta dikenalpasti sebagai cekap penggunaan oleh penganggar AKU-APD TS, tetapi pengganggar APD piawai melaporkan lebih daripada 2/3 jumlah kereta yang cekap penggunaan. Keputusan penganggar AKU-APD TS yang mempunyai daya diskriminasi yang tinggi nescaya memberi maklumat yang lebih bererti dan seterusnya membantu pembuat kenderaan untuk menanda aras produk mereka dan mengenal pasti aspek yang perlu ditambah baik. Untuk memperbaiki inferens, kaedah butstrap pelicinan ganda dua digunakan ke atas data yang sama. Keputusan menunjukkan bahawa apabila andaian ketakbersandaran dipatuhi, butstrap pelicinan ganda dua homogen memberi pentaabiran yang efisien. Sebaliknya, sekiranya andaian ketakbersandaran tidak dipatuhi, butstrap pelicinan ganda dua heterogen mampu mengenal pasti data pencilan dan bahagian sempadan yang kurang tumpat. Untuk memperbaiki kualiti anggaran, penyelidik digalakkan supaya menghadkan atribut yang dipertimbangkan ataupun meningkatkan sampel pemerhatian.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D
Pages: 224
Call Number: QA278.5.Y345 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121512+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
926.48 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.