Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500503
Title: Aliran lapisan sempadan olakan terhadap pelbagai permukaan dalam bendalir mikrokutub dan nanobendalir
Authors: Nor Azizah M. Yacob (P42597)
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Boundary layer
Heat -- Convection
Issue Date: 5-Jul-2012
Description: Masalah aliran lapisan sempadan olakan dalam bendalir mikrokutub dan nanobendalir dipertimbangkan dalam kajian ini. Teori bendalir mikrokutub yang diperkenalkan oleh Eringen pada tahun 1966 boleh menerangkan telatah ampaian koloid, polimer, darah, minyak pelincir, cat dan sebagainya yang tidak boleh diterangkan oleh teori klasik Navier-Stokes. Teori ini mengambil kira kesan mikroskopik yang terhasil daripada mikrostruktur setempat dan pergerakan mikro unsur-unsur bendalir tersebut. Sebalik-nya, nanobendalir pula direka bentuk dengan menyerakkan zarah-zarah pepejal yang bersaiz kurang daripada 100 nm di dalam bendalir klasik yang mempunyai kekonduksi-an terma yang rendah seperti air, minyak dan etilena glikol. Kewujudan nanozarah ini dapat meningkatkan kekonduksian terma bendalir tersebut dan seterusnya meningkatkan ciri-ciri pemindahan haba. Dalam kajian ini, model matematik diterbitkan untuk tiga masalah dalam bendalir mikrokutub dan dua masalah dalam nanobendalir, iaitu aliran lapisan sempadan olakan campuran berdekatan titik genangan pada permukaan men-cancang, olakan paksa terhadap permukaan mengufuk dan olakan paksa terhadap baji pegun dalam bendalir mikrokutub, manakala dua masalah dalam nanobendalir adalah olakan paksa terhadap baji pegun atau baji bergerak dalam tiga nanobendalir berbeza, iaitu kuprum-air, alumina-air dan titania-air dan akhirnya aliran ricih luar seragam ter-hadap permukaan meregang/mengecut dalam dua nanobendalir berbeza, iaitu argentum-air dan kuprum-air menggunakan tiga syarat sempadan, iaitu suhu permukaan ditetap-kan, fluks haba permukaan ditetapkan atau syarat sempadan permukaan olakan. Dalam menyelesaikan masalah-masalah ini, persamaan-persamaan menakluk tak linear dalam bentuk persamaan pembezaan separa dijelmakan kepada persamaan-persamaan pem-bezaan biasa menggunakan penjelmaan keserupaan, sebelum diselesaikan secara ber-angka menggunakan kaedah kotak Keller atau kaedah tembakan yang masing-masing diatur cara menggunakan perisian MATLAB dan MAPLE. Keputusan berangka kemudiannya dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf bagi pekali geseran kulit, nombor Nusselt setempat, profil halaju, suhu dan mikroputaran untuk julat tertentu pel-bagai parameter, seperti parameter bahan K, parameter keapungan λ, nombor Prandtl P r, parameter sedutan s, pecahan isi padu nanozarah ϕ, parameter hukum kuasa Falkner-Skan m, parameter regangan/pengecutan ζ dan parameter olakan ϱ. Ciri-ciri aliran dan kadar pemindahan haba pada permukaan yang masing-masing mewakili pekali geseran kulit dan nombor Nusselt setempat pada permukaan dengan pelbagai parameter bagi se-tiap masalah dikaji. Didapati bahawa pekali geseran kulit dan nombor Nusselt setempat pada permukaan dipengaruhi oleh parameter-parameter tersebut. Penyelesaian berganda, dual dan unik diperoleh bagi julat nilai tertentu parameter terlibat.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 229
Call Number: QA913.N647 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121246+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
696.27 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.