Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500496
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMushrifah Idris, Prof. Dato' Dr.-
dc.contributor.authorNor Rohaizah Jamil (P41309)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:44:27Z-
dc.date.available2023-10-13T09:44:27Z-
dc.date.issued2012-01-27-
dc.identifier.otherukmvital:120961-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500496-
dc.descriptionMengekalkan tahap luahan persekitaran optimum sungai merupakan salah satu keperluan yang tertakluk dalam Program Rangka Kerja Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) di Malaysia. Kajian pemodelan luahan persekitaran di dua sungai di Tasik Chini telah dijalankan bagi mencapai tiga objektif iaitu i) Mengkaji hidrodinamik sungai pembekal aktif, Sungai Chini sebagai outlet dan Sungai Paya Merapuh sebagai inlet, ii) Memodelkan luahan persekitaran ideal bagi kemandirian spesies ikan natif menggunakan spesies ikan penunjuk dan iii) Mencadangkan indeks luahan persekitaran bagi pelan pengurusan dan pemulihan bagi kedua-dua sungai mengikut musim yang dikaji (musim kering dan normal). Aktiviti persampelan dijalankan pada November 2007 sehingga Julai 2010 melibatkan pengumpulan tiga komponen utama iaitu hidraulik (survei ciri fisiografik sungai), hidrologi (pengumpulan data bagi analisis berkaitan luahan sungai, kualiti air dua parameter terpilih iaitu Oksigen Terlarut dan kandungan Pepejal Terampai), dan komponen biologi (persampelan ikan natif dan penentuan kesesuaian habitat mengikut musim yang dikaji). Lima stesen persampelan digunakan di Sungai Chini yang mempunyai stesen luahan dan diregulasi, serta tiga stesen persampelan di Sungai Paya Merapuh yang tidak mempunyai stesen luahan dan tidak diregulasi. Spesies ikan toman (Channa micropeltes), Sebarau (Hampala macrolepidota) dan ikan Belida (Notopterus chitala) dipilih sebagai spesies penunjuk daripada keseluruhan 17 spesies ikan natif yang disampel, dengan mengambil saiz (berat dan panjang maksimum) sebagai faktor pemilihan bagi mendapatkan had toleran kepada luahan persekitaran minimum kawasan kajian. Analisis luahan rendah 7Q2.6 bagi kedua-dua sungai kajian mendapati nilai luahan sungai terendah dengan frekuensi kebarangkalian nilai ini dilebihi dalam tempoh 10 tahun ialah 0.16 m3/s (kedalaman air ±0.56 m) dan 0.03m3/s (kedalaman air ±0.30 m) bagi Sungai Chini dan Sungai Paya Merapuh masing-masing. Kedua-dua nilai luahan tersebut merupakan input kepada analisis luahan rendah dalam perisian pemodelan 1D XP-SWMM dengan hasil simulasi mempunyai ralat kurang 20% daripada keadaan sebenar. Perbezaan luahan mengikut musim ini menyebabkan kemerosotan kualiti air di kedua-dua sungai dengan signifikan bagi kepekatan oksigen dan kandungan pepejal terampai dengan r2=0.93 bagi Sungai Chini dan r2=0.88 bagi Sungai Paya Merapuh dengan tahap signifikan P>0.90. Berdasarkan pengukuran individu dan analisis regresi keadaan terbaik ikan, purata nilai koefisien b menghampiri nilai 3 ( Hampala sp. and Notopterus sp.) semasa musim normal. Tiada tangkapan semasa musim kering di kedua-dua sungai kajian kecuali Notopterus sp. (Sungai Chini), iaitu dengan nilai pertumbuhan isometrik ideal (nilai koefisien b 2.72, r2 = 0.9). Analisis keadaan baik mendapati kesesuaian habitat yang boleh menampung keperluan optimum kemandirian spesies ikan penunjuk ini adalah pada aras luahan bagi Sungai Chini dan Sungai Paya Merapuh adalah 1.80 m3/s (kedalaman air ±1.6 m) dan 1.45 m3/s (kedalaman air ±1.28 m) masing-masing. Di akhir kajian, satu indeks luahan persekitaran dicadangkan sebagai panduan dalam pengurusan sungai dan pemulihan Sungai Chini dan Sungai Paya Merapuh bagi memastikan kemandirian spesies ikan natif di sungai berkenaan dapat dikekalkan pada aras optimum. Implikasi dan penggunaan indeks luahan persekitaran tersebut ditonjolkan melalui cadangan struktur fizikal bersifat 'hijau' berdasarkan analisis muatan bawaan kedua-dua sungai bagi mengekalkan aras luahan optimum dalam musim yang dikaji.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectLakes -- Malaysia-
dc.subjectTasik Chini (Pahang)-
dc.titlePemodelan luahan persekitaran ekosistem di Tasik Chini, Pahang-
dc.typeTheses-
dc.format.pages324-
dc.identifier.callnoQH98.N646 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002642 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120961+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.