Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500485
Title: Penghasilan stok asas biolubrikan berasaskan minyak sawit olein
Authors: Darfizzi Derawi (P46398)
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Palm oil
Lubrication and lubricants
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Aug-2012
Description: Minyak sawit olein (POo) telah dimodifikasi secara tindak balas kimia bagi menghasilkan stok asas biolubrikan. Kajian ini telah berjaya menghasilkan sebatian-sebatian baru berasaskan triasilgliserol (TAG) asal POo iaitu di-oleate-POo dan oleate-eter-POo. Pembentukan kumpulan agen pencabangan mono-tak tepu (asid oleik) terhadap struktur molekul POo telah berjaya meningkatkan kualiti takat tuang, kelikatan kinematik dan indeks kelikatan secara relatif bagi tujuan pelinciran. Kajian penyelidikan ini melibatkan tiga bahagian dan setiap perbandingan produk pada setiap tahap dilakukan ujian pengecaman dengan menggunakan spektroskopi transformasi fourier infra-merah (FTIR), resonans magnetik nukleus karbon (13C-NMR) dan proton (1H-NMR). POo (nilai iodin 61.7) terdiri daripada TAG dominan palmitin-olein-olein (POO) (33.3 %) dan sebanyak 47.7 % asid lemak oleik. Kelikatan kinematik POo sebanyak 45.9 cSt (40 oC) dan 9.4 cSt (100 oC) dengan indeks kelikatan sebanyak 195. Penghasilan minyak sawit olein terepoksida (EPOo) dilakukan dengan menggunakan asid performik secara in situ. Tindak balas optimum (hasil 85 %) penghasilan EPOo diperolehi dengan nisbah mol tindak balas 1 : 5 : 2 (POo : asid formik : H2O2) pada suhu 45 oC selama 150 minit tindak balas dengan putaran 350 rpm. EPOo mempunyai kelikatan kinematik sebanyak 158.6 cSt (40 oC) dan 19.8 cSt (100 oC) dengan indeks kelikatan sebanyak 144. EPOo menjalani proses pembukaan gelang oksirana melalui dua kaedah tindak balas iaitu hidrolis air dan alkoholisis 1-dekanol. Tindak balas optimum hidrolisis air terhadap EPOo (mangkin HClO4 3 % v/wt; 80 oC; 60 minit secara selanjar) menghasilkan di-hidroksi-POo (hasil 70 %) yang mempunyai kelikatan kinematik sebanyak 1435.2 cSt (40 oC) dan 55.2 cSt (100 oC) dengan indeks kelikatan sebanyak 78. Manakala proses alkoholisis EPOo optimum (mangkin H2SO4 3 % v/wt; 80 oC; 90 minit) menghasilkan sebatian hidroksi-eter-POo (hasil 80 %) yang mempunyai kelikatan kinematik sebanyak 234.4 cSt (40 oC) dan 28.1 cSt (100 oC) dengan indeks kelikatan sebanyak 156. Kedua-dua sebatian ini mengalami pengesteran dengan asid oleik (ketulenan 90 %) pada suhu 80 oC selama 6 jam dengan menggunakan mangkin H2SO4 5 % v/wt untuk menghasilkan stok asas biolubrikan (di-oleate-POo dan oleate-eter-POo). Kehadiran ikatan ganda dua dan kehilangan kumpulan hidroksil pada struktur di-oleate-POo dan oleate-eter-POo ditunjukkan berdasarkan spektrum FTIR, 13C-NMR dan 1H-NMR. Sebatian di-oleate-POo mencatatkan kestabilan oksidatif (140 oC), takat tuang (-5 oC), takat kilat dan api (215 oC dan 245 oC), kelikatan kinematik sebanyak 417.5 cSt (40 oC) dan 45.4 cSt (100 oC) dengan indeks kelikatan sebanyak 166. Manakala, sebatian oleate-eter-POo mencatatkan kestabilan oksidatif (178 oC), takat tuang (1 oC), takat kilat dan api (190 oC dan 210 oC), kelikatan kinematik sebanyak 113.7 cSt (40 oC) dan 21.5 cSt (100 oC) dengan indeks kelikatan sebanyak 217. Produk pelinciran bergred ISO VG 460 (di-oleate-POo) dan ISO VG 100 (oleate-eter-POo) telah berjaya dihasilkan serta berpotensi digunakan sebagai stok asas biolubrikan bagi gear, hidraulik dan mesin-mesin berat untuk suhu pengoperasian yang sederhana di negara-negara beriklim tropika,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 174
Call Number: TP684.P3D347 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120812+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.87 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.