Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500471
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ishak Hashim, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Zailan Siri (P41721) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:44:00Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:44:00Z | - |
dc.date.issued | 2012-12-07 | |
dc.identifier.other | ukmvital:120745 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500471 | - |
dc.description | Permulaan olakan di dalam lapisan bendalir yang dipanaskan (atau disejukkan) dari bawah adalah model asas terhadap masalah untuk beberapa teknologi pemprosesan bahan. Olakan merupakan fenomena pergerakan bendalir disebabkan daya keapungan (olakan Bénard) atau tegangan permukaan (olakan Marangoni) ataupun oleh keduaduanya (olakan Bénard-Marangoni). Teori kestabilan linear digunakan untuk mengkaji kesan putaran dan kawalan suapbalik terhadap permulaan olakan Marangoni mantap dan berayun dalam lapisan mengufuk bendalir yang dipanaskan dari bawah. Seterusnya, kesan kawalan suapbalik terhadap olakan Bénard-Marangoni mantap dan berayun di dalam lapisan bendalir berputar dipanaskan dari bawah juga dikaji secara teori menggunakan teori kestabilan linear. Ditunjukkan amnya nombor Marangoni genting untuk perubahan tanpa gerakan (konduksi) kepada keadaan gerakan meningkat secara drastik dengan kombinasi kawalan suapbalik dan putaran. Sebahagian kes melibatkan paramater kawalan tidak efektif juga dipersembahkan. Titik ambang dan kodimensi-2 untuk permulaan olakan mantap dan berayun ditentukan. Kesan kawalan suapbalik terhadap ruang parameter Pr-Ta memisahkan rantau olakan mantap dan berayun ditunjukkan. Didapati bahawa kawalan suapbalik mengecilkan rantau bagi olakan berayun. Juga, di dalam tesis ini, kajian tentang telatah kekalutan dengan nilai nombor Prandtl kecil terhadap olakan di dalam lapisan bendalir resapan ganda dua dikaji. Model sistem kalut lima dimensi diperolehi menggunakan anggaran pangkasan Galerkin. Keputusan menunjukkan, peralihan dari keadaan mantap ke keadaan kalut adalah melalui percabangan Hopf yang menghasilkan kitaran had yang boleh disekutukan dengan letusan homoklinik pada nilai subgenting nombor Rayleigh yang kecil. Bagi masalah terakhir, fenomena olakan tabii dikaji. Aliran olakan tabii dalam segi empat sama berbendung merupakan satu fenomena penting dalam sistem penyejukan elektronik dan pengutipan tenaga solar. Sisi kiri segi empat berbendung itu mempunyai suhu panas berubah-ubah dan sisi kanannya berkeadaan suhu sejuk malar. Dinding-dinding atas dan bawah dibiarkan adiabatik. Bendalir di dalam segi empat berbendung itu berasaskan air berisi zarah nano Al2O3. Persamaan pembezaan menakluk tak linear diselesaikan menggunakan kaedah beza terhingga. Ditunjukkan dengan penambahan zarah nano ke dalam segi empat tersebut nilai mutlak maksimum fungsi strim menyusut.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Heat -- Convection | |
dc.subject | Fluid dynamics | |
dc.subject | Heat -- Transmission | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Analisis kestabilan linear, sistem dinamik dan perkomputeran dinamik bendalir terhadap masalah olakan | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 233 | |
dc.identifier.callno | QC327.Z335 2012 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002908 (2012) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120745+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 64.42 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.