Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500458
Title: Status antioksidan cili kulai (capsicum annuum) semasa pemasakan dan penyimpanan pada suhu rendah
Authors: Tan Chung Keat (P52503)
Supervisor: Zainon Mohd Ali, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia|-Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Antioxidants
Capsicum annuum
Issue Date: 21-Sep-2012
Description: Buah cili Kulai (Capsicum annuum kv. Kulai) telah banyak digunakan oleh orang ramai disebabkan oleh nilai nutrisi dan kandungan antioksidannya yang tinggi, tetapi buah cili tersebut juga mudah mengalami kerosakkan selepas penuaian. Objektif utama projek ini adalah untuk mengkaji perkembagan kepayahan oksidatif dan perubahan status antioksidan yang berlaku dalam buah cili Kulai bawah keadaan yang berlainan (pemasakan dan penyimpanan). Lipoksigenase (LOX), peroksidaan lipid dan hidrogen peroksida telah diukur untuk menentukan perkembangan kepayahan oksidatif. Disamping itu, status antioksidan ditentukan melalui jumlah total kapasiti antioksidan, antioksidan bukan enzimatik (sebatian fenolik, asid askorbik, glutathion dan kapsaisoid) dan antioksidan enzimatik (superoksida dismutase; SOD, katalse; CAT, askorbat peroksidase; APX dan glutathion reductase; GR). Semasa pemasakan atas pokok, aktiviti LOX dan kandungan hidrogen peroksida buah cili Kulai telah mengalami kemerosotan, manakala peroksidaan lipid telah meningkat. Keputusan yang telah diperolehi menunjukkan bahawa total kapasiti antioksidan yang meningkat semasa pemasakan merupakan gerak balas perlindungan terhadap peroksidaan lipid. Aktiviti APX-GR, jumlah fenolik dan asid askorbik telah menunjukkan peningkatan yang ketara pada masa yang sama. Nisbah glutathion terturun (GSH) kepada glutathion teroksida (GSSG) adalah kekal sama sepanjang proses, manakala aktiviti SOD dan CAT telah mengalami keturunan. Secara keseluruhannya, walaupun buah cili Kulai mengalami kepayahan oksidatif yang semakin meningkat semasa pemasakan, namun perkembangan demikian telah dikawalatur dengan baik oleh sistem antioksidan. Bagi bahagian rawatan lepas tuai, hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa rawatan kombinasi MAP + 1-MCP telah memberikan kesan yang mampan dalam menekankan perkembangan kepayahan oksidatif dan mengekalkan kandungan antioksidan semasa penyimpanan pada suhu rendah. SOD dan LOX dikaji dengan pendekatan biologi molekular. Kami mendapati bahawa pengekspressan MnSOD yang terlampau tinggi dan penindasan ekspressan gen 9- LOX merupakan strategi utama yang dijalankan oleh buah cili Kulai untuk melindungi sel daripada kecederaan sejuk. Perlakuan 1-MCP telah sekali lagi menunjukkan kesan tambahan dalam memberikan perlindungan kepada buah cili Kulai terhadap kepayahan oksidatif.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 262
Call Number: TP159.A5T335
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120466+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
947.3 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.