Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500443
Title: Amalan pengurusan kualiti di kalangan perusahaan kecil dan sederhana industri pemprosesan makanan di Malaysia
Authors: Hayati @ Habibah Abdul Talib (P42594)
Supervisor: Khairul Anuar bin Mohd Ali,Prof Madya Dr
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Food industry and trade-Quality control
Food industry and trade
Food-Quality
Issue Date: 22-Mar-2012
Description: Industri pemprosesan makanan di Malaysia memainkan peranan penting dalam ekonomi negara walaupun didominasi oleh pengeluar berstatus Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Namun, PKS industri pemprosesan makanan di Malaysia menghadapi beberapa kekangan yang boleh menjejaskan prestasi mereka, antaranya berkaitan amalan pengurusan kualiti, jaminan kualiti dan akreditasi. Kajian lepas juga menunjukkan wujudnya jurang kajian berkaitan amalan pengurusan kualiti dalam industri pemprosesan makanan di Malaysia. Maka, kajian berkaitan amalan pengurusan kualiti, akreditasi dan prestasi PKS industri pemprosesan makanan di Malaysia adalah penting dilaksanakan. Matlamat kajian ini adalah untuk menganalisis hubungan antara faktor kejayaan kritikal (CSF) pengurusan kualiti dan prestasi organisasi (ORGP) PKS di industri ini. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis peranan akreditasi sebagai pembolehubah penyederhanaan ke atas hubungan antara CSF dan ORGP. Satu model konseptual kajian dibangunkan bagi tujuan mengkaji hubungan-hubungan tersebut. Model kajian ini terdiri daripada dua model pengukuran melibatkan dimensi CSF dan dimensi ORGP. Lapan konstruk dibangunkan bagi pengukuran CSF berdasarkan falsafah pengurusan kualiti menyeluruh, manakala ORGP diukur berdasarkan prestasi pengoperasian dan perniagaan. Senarai PKS industri pemprosesan makanan di Malaysia daripada SMECorp digunakan sebagai kerangka pensampelan. Data dikumpul melalui tinjauan soal selidik yang diedar secara mel kepada Pengarah Urusan PKS di industri pemprosesan makanan yang dipilih secara rawak melalui teknik pensampelan bertahap dan sebanyak 207 soal selidik sah digunakan bagi analisis selanjutnya. Pendekatan Pemodelan Persamaan Struktur (SEM) digunakan dalam kajian ini. SEM digunakan kerana ia dapat menganalisis hubungan antara semua indikator dan konstruk secara serentak, menguji keseluruhan model, serta dapat menerangkan sesuatu hubungan secara grafik. Tiga fasa analisis dilakukan: (i) analisis faktor penerokaan (ii) analisis faktor pengesahan (peringkat pertama dan kedua), dan (iii) analisis perhubungan bersebab SEM. Dapatan analisis menunjukkan bahawa model kajian mencapai indeks padanan yang baik dan wujud hubungan yang signifikan antara CSF dan ORGP. Dapatan ini membuktikan bahawa prestasi organisasi PKS industri pemprosesan makanan di Malaysia dipengaruhi oleh amalan pengurusan kualiti. Dapatan juga mengesahkan bahawa semua konstruk pengurusan kualiti adalah signifikan sebagai indikator bagi dimensi CSF PKS di industri ini. Analisis pelbagai kumpulan dilakukan untuk mengkaji kesan penyederhanaan dan dapatan menunjukkan bahawa tiada sebarang perbezaan ke atas hubungan CSF dan ORGP di antara kumpulan berdasarkan status dan bilangan akreditasi. Dapatan ini menjelaskan bahawa prestasi organisasi PKS mempunyai hubungan dengan dimensi CSF namun hubungan ini tidak dipengaruhi oleh status dan bilangan akreditasi. Kajian ini dapat membantu PKS mengenal pasti konstruk CSF yang signifikan terhadap prestasi organisasi mereka. Selain itu, PKS dapat mengenal pasti amalan pengurusan kualiti yang dipraktikkan bagi tujuan penambahbaikan. Kajian ini juga berjaya menutupi jurang kajian yang dikenal pasti dan menyumbang dalam memperkayakan kajian kepustakaan di bidang ilmu pengurusan kualiti terutamanya di industri yang berbeza,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 382
Call Number: TP372.5.H365
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120078+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
798.6 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.