Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500438
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHj. Sahrim bin Haji Ahmad, Prof. Dr.
dc.contributor.authorTan Siew Kim (P46499)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:43:25Z-
dc.date.available2023-10-13T09:43:25Z-
dc.date.issued2012-09-20
dc.identifier.otherukmvital:119564
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500438-
dc.descriptionKajian ini adalah untuk mengkaji sifat mekanik, sifat terma dan kesan persekitaran terhadap komposit polimer epoksi yang dihasilkan daripada modifikasi gentian kenaf dengan proses pempulpaan kraft dan penambahan cecair getah. Cecair getah asli (LNR) dan cecair getah asli epoksida (LENR) digunakan sebagai agen penguat untuk memperbaiki sifat keliatan epoksi dan perbandingan sifat-sifat epoksi berpenguat getah dianalisis. Kajian menunjukkan bahawa dengan penambahan fasa getah dalam resin epoksi dapat meningkatan sifat keliatan epoksi. Apabila 3 % LENR ditambahkan kepada epoksi, peningkatan yang maksimum diperolehi dalam sifat mekanik, iaitu pada sifat lenturan dan sifat hentaman. Mikroskop imbasan elektron (SEM) telah digunakan untuk untuk menganalisis taburan fasa getah dalam matriks epoksi. Analisis termogravimetri (TGA) telah dijalankan untuk mengkaji proses degradasi komposit pada suhu tinggi. Termograf TGA menunjukkan bahawa proses degradasi epoksi berpenguat getah bermula pada suhu yang lebih rendah daripada epoksi. Analisis dinamik mekanik (DMA) menunjukan suhu peralihan kaca (Tg) epoksi berpenguat getah beranjak kepada suhu yang lebih rendah. Gentian pulpa kenaf telah disediakan dengan proses pempulpaan kraft. Komposisi gentian pulpa kenaf yang berlainan ditambahkan kepada epoksi berpenguat getah. Komposit epoksi getah berpenguat 5 % gentian pulpa kenaf mempamerkan kekuatan lenturan yang optimum. Analisis DMA menunjukkan modulus simpanan dan suhu Tg meningkat apabila gentian pulpa kenaf ditambahkan kepada epoksi berpenguat getah. Termograf TGA menunjukkan komposit epoksi getah berpenguat 5 % gentian pulpa kenaf mempamerkan kestabilan terma yang lebih rendah pada suhu yang tinggi. Proses kemasukan lumen telah dijalankan kepada gentian pulpa kenaf dengan pengisi nanozarah kalsium karbonat mendakan dan gentian ini digunakan sebagai penguat kepada sistem epoksi getah. Didapati bahawa sampel ini menunjukkan sifat mekanik yang setara dengan komposit epoksi getah berpenguat gentian pulpa kenaf. Analisis rintangan retakan tegasan persekitaran (ESCR) diuji dengan kehadiran medium asid dan alkali. Analisis ESCR menunjukkan bahan komposit mempunyai kadar penyebaran yang lebih cepat di dalam asid berbanding dengan alkali. Kesan penyerapan air bagi bahan komposit telah dianalisis. Pemeriksaan morfologi SEM menunjukkan lekatan yang baik antara gentian dengan epoksi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectGentian pulpa kenaf
dc.subjectEpoksi getah
dc.subjectEpoxy compounds
dc.titleKomposit epoksi getah berpanguat gentian pulpa kenaf berpengisi nanozarah-kalsium karbonat mendakan
dc.typeTheses
dc.format.pages153
dc.identifier.callnoQD383.E66T346 2012 tesis
dc.identifier.barcode003085 (2012)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119564+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
811.08 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.