Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500436
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorBadrul Munir Md. Zain, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMuhammad Khairul' Anwar Rosli (P52172)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:43:23Z-
dc.date.available2023-10-13T09:43:23Z-
dc.date.issued2012-09-02
dc.identifier.otherukmvital:119560
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500436-
dc.descriptionSeladang (Bos gaurus) tergolong di dalam genus Bos yang terdiri daripada spesies lembu banteng (B. javanicus), lembu zebu (B. indicus), lembu taurin (B. taurine), selembu (B. frontalis) dan spesies bukan-lembu yak (B. grunniens). Seladang Malaya (B. g. hubbacki) merupakan satu-satunya spesies lembu liar yang masih boleh didapati di hutan hujan Semenanjung Malaysia. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji hubungan filogenetik seladang Malaya dengan lembu-lembu lain menggunakan data jujukan DNA mitokondria (mtDNA). Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk melihat keberkesanan dua gen mtDNA yang digunakan dalam menerangkan pertalian filogenetik seladang Malaya. Dua gen pengekodan telah dipilih iaitu gen Sitokrom b (Cyt b) dan 12S rRNA. Kajian ini melibatkan sebanyak 40 sampel DNA lembu yang terdiri daripada 10 sampel seladang Malaya, empat lembu banteng, empat selembu, lima lembu Bali, tujuh lembu taurin dan 10 lembu zebu. Sampel telah dibekalkan oleh Institut Agro-Bioteknologi (MOSTI), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Institut Bioteknologi Veterinar Kebangsaan dan Zoo Taiping, Perak. Kesemua sampel telah diekstrak bagi mendapatkan DNA dan digunakan bagi amplifikasi Tindakbalas Rantaian Polimerase (PCR). Jujukan gen Cyt b (928 bp) dan 12S rRNA (379 bp) bagi kesemua individu telah dijajar secara berasingan dan digunakan untuk menjana pohon filogeni menggunakan perisian PAUP 4.0b10, MrBayes 3.1 dan MEGA 4.0.2. Tiga kaedah analisis telah digunakan iaitu kaedah jarak Neighbor-joining, kaedah Maximum Parsimony dan kaedah inferens Bayesian. Hasil analisis bagi kedua-dua gen menunjukkan seladang Malaya membentuk klad monofiletik. Pohon filogeni yang terhasil dari data Cyt b dan 12S rRNA menunjukkan terdapat dua klad utama terbentuk bagi kumpulan lembu iaitu klad lembu liar (seladang dan banteng) dan kacukan liar (lembu Bali) serta klad lembu domestik (lembu taurin, zebu dan selembu). Klad utama kumpulan lembu juga terpisah dengan spesies bukan-lembu bagi genus Bos (yak) dan kumpulan luaran (kerbau) bagi gen Cyt b dan gabungan gen Cyt b-12S rRNA (NJ dan Bayesian). Hasil analisis disokong oleh nilai replikasi butstrap, nilai kebarangkalian analisis Bayesian dan jarak genetik yang terhasil. Nilai butstrap bagi kedua-dua gen adalah tinggi (100%) sekaligus menyokong pengelompokan monofiletik seladang Malaya. Purata jarak genetik kedua-dua gen (Cyt b dan 12S rRNA) bagi pemisahan seladang Malaya dan lembu lain adalah seperti berikut; lembu Bali-banteng (0.0545 dan 0.0188), lembu domestik-selembu (0.0804 dan 0.0372), yak (0.0706 dan 0.0253) dan kerbau (0.1341 dan 0.0699). Kedua-dua gen telah menunjukkan keberkesanannya dalam menerangkan pertalian filogenetik seladang Malaya dengan lembu-lembu lain di peringkat spesies. Daripada analisis data jajaran jujukan DNA, gen Cyt b mempunyai 126 (13.6%) ciri informatif dengan nilai nisbah transisi/tranversi (Ti/Tv) R= 12.92 manakala gen 12S rRNA mempunyai 22 (5.8%) ciri informatif dengan nilai Ti/Tv R= 14.23. Klad monofiletik seladang Malaya yang terhasil dari kajian ini menunjukkan bahawa program pemuliharaan spesies lembu liar yang diancam kepupusan ini adalah wajar diteruskan memandangkan bilangan populasi seladang dunia yang semakin berkurangan dengan kadar yang ketara pada hari ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectBos gaurus hubbacki
dc.subjectSeladang
dc.subjectPhylogeny
dc.titleKajian filogenetik seladang Malaya (Bos gaurus hubbacki) dan lembu-lembu lain berdasarkan data jujukan DNA
dc.typeTheses
dc.format.pages142
dc.identifier.callnoQH367.5.M845 2012 tesis
dc.identifier.barcode003082 (2012)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119560+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
778.35 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.