Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500433
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhairul Anuar Mohd Ali, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorAmir Hasan (P32804)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:43:20Z-
dc.date.available2023-10-13T09:43:20Z-
dc.date.issued2012-09-05
dc.identifier.otherukmvital:119556
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500433-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk menganalisis prestasi kewangan Bank Pembangunan Daerah (BPD) di Indonesia. Enam hipotesis telah diketengahkan untuk menguji hubungan antara pemboleh ubah makro, modal, kualiti aset, mudah tunai terhadap risiko pasaran dan prestasi kewangan, kesan risiko pasaran terhadap prestasi kewangan dan prestasi kewangan BPD sebelum dan selepas autonomi daerah. Kajian ini melibatkan 260 unit analisis berupa laporan kewangan 26 BPD di Indonesia selama 10 tahun. Kajian ini dibahagi kepada dua, iaitu sebelum autonomi (tahun 1996 hingga 2000) dan setelah autonomi (tahun 2001 hingga 2005). Laporan kewangan 26 BPD di seluruh Indonesia diperoleh daripada laporan bulanan dan tahunan Bank Indonesia, Bursa Efek Indonesia, Lembaga Pusat Statistik Indonesia dan Majalah Info Bank. Persamaan Pemodelan Berstruktur (PPB) telah digunakan untuk menguji hubungan kausal antara konstruk yang telah dibangunkan. Hasil analisis kajian didapati; pertama, pemboleh ubah makro ekonomi tidak mempunyai hubungan signifikan terhadap prestasi kewangan sama ada sebelum mahupun selepas autonomi daerah dengan anggaran (-0.0407 dan 0.1606). Kedua, modal mempunyai hubungan signifikan terhadap risiko pasaran sama ada sebelum dan selepas autonomi daerah dengan anggaran (0.3141 dan 0.3262), modal mempunyai hubungan signifikan terhadap prestasi kewangan sebelum autonomi (0.4140) dan tidak mempunyai hubungan signifikan selepas autonomi (0.0612). Ketiga, kualiti aset tidak mempunyai hubungan signifikan terhadap risiko pasaran sebelum autonomi dengan anggaran (0.0511), tetapi mempunyai hubungan signifikan terhadap prestasi kewangan dengan anggaran (0.2141). Manakala, pada tempoh selepas autonomi, kualiti aset mempunyai hubungan signifikan terhadap risiko pasaran dan prestasi kewangan dengan anggaran (0.2995 dan 0.1331). Keempat, mudah tunai mempunyai hubungan signifikan terhadap risiko pasaran sama ada sebelum dan selepas autonomi dengan nilai anggaran (0.4330 dan 0.2087), mudah tunai juga mempunyai hubungan signifikan dengan prestasi kewangan sebelum mahupun selepas autonomi (0.2312 dan 0.2362). Kelima, risiko pasaran mempunyai hubungan signifikan dengan prestasi kewangan sama ada sebelum mahupun selepas autonomi dengan anggaran (0.3251 dan 0.5389). Keenam, didapati juga bahawa prestasi kewangan selepas autonomi daerah bererti kualiti BPD selepas autonomi daerah lebih baik daripada sebelum autonomi. Selanjutnya, hasil kajian menjelaskan bahawa modal memberi sumbangan utama terhadap prestasi kewangan BPD di Indonesia sebelum mahupun selepas autonomi. Sokongan modal sangat penting bagi mempertingkatkan daya saing perbankan di Indonesia. Di samping itu, pihak perbankan perlu memberikan perhatian khas terhadap mudah tunai kerana dapat memberi kesan signifikan terhadap risiko pasaran dan prestasi kewangan. Kajian ini memberikan manfaat nyata kepada Bank Pusat Indonesia (Bank Sentral) sebagai pembuat dasar polisi dalam industri perbankan dan begitu juga bagi setiap BPD sebagai input untuk pembuatan dasar yang strategik. Kajian ini menggunakan PPB sebagai alternatif kaedah analisis, dibanding dengan kajian sebelumnya yang sebahagian besar menggunakan kaedah analisis regresi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectFinancial statements -- Indonesia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleFaktor-faktor kejayaan prestasi kewangan Bank Pembangunan Daerah (BPD) di Indonesia selepas dan sebelum autonomi daerah
dc.typeTheses
dc.format.pages430
dc.identifier.callnoHG3304.A475 2012 tesis
dc.identifier.barcode003076 (2012)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119556+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
971.2 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.