Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500389
Title: Pengenalpastian, pencernaan dan penilaian komponen prebiotik berfungsi daripada sarang burung walit (Aerodramus fuciphagus) yang boleh dimakan
Authors: Nur 'Aliah Daud (P86052)
Supervisor: Salma Mohamad Yusop. Dr.
Keywords: Swifts -- Nests -- Malaysia
Edible birds' nests -- Economic aspects -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2019
Description: Sarang burung walit (SBW) mempunyai potensi menjadi prebiotik dengan bio-ketersediaan glikan di dalam glikoprotein kompleks SBW. Komponen spesifik prebiotik seharusnya boleh bertahan terhadap sistem pencernaan manusia untuk sampai kepada mikrobiota usus. Sebanyak lima komponen bahan mentah telah dihasilkan daripada SBW induk, yang memberikan peningkatan jumlah sebanyak enam termasuk glikoprotein induk SBW, sebagai komponen berpotensi prebiotik. Satu daripada komponen tersebut adalah glikan yang diperoleh selepas penyingkiran komponen protein daripada kompleks glikoprotein SBW. Empat komponen yang lain adalah glikopeptida yang dihasilkan menggunakan enzim alkalase dengan masa pengeraman berbeza (satu, dua, tiga dan empat, masing-masing). Pencirian komponen telah dilakukan sebelum ujian pencernaan manusia secara in vitro. Ujian pencirian komponen yang telah dilakukan adalah termasuk kandungan protein terlarut, karbohidrat dan gula penurun serta pengiraan darjah pempolimeran glikan SBW. Komponen glikopeptida dan ketulenan komponen glikan yang diekstrak daripada SBW telah dicerap menggunakan Spektroskopi Infra-Red (FTIR) dan Spektroskopi Resonans Magnetik Nuklear (RMN). Kedua-dua cerapan mikroskopi telah menunjukkan ekstrak glikan yang diperoleh telah dibebaskan daripada komponen protein. Seterusnya, sejumlah enam komponen bahan mentah terbitan daripada SBW telah melalui ujian pencernaan manusia in vitro yang mengandungi fasa pencernaan peringkat oral, gastrik dan usus kecil. Komponen yang tidak tercerna telah ditapis keluar daripada setiap komponen terbitan SBW. Kandungan peptida, karbohidrat dan gula penurun telah diuji pada setiap produk yang diperoleh daripada komponen terbitan SBW, masing-masing. Hasil pencernaan menunjukkan struktur protein dan peptida di dalam kompleks glikoprotein dan glikopeptida daripada semua hidrolisat yang dihasilkan, masing-masing, telah dicernakan (p < 0.05) secara signifikan. Peratus pencernaan protein dan peptida adalah sebanyak 89.17% sehingga 96.30%, meninggalkan lebih kurang 2.02% sehingga 6.63% peptida yang tidak tercerna dalam bentuk glikopeptida. Sebaliknya, struktur glikan di dalam kompleks glikoprotein dan glikopeptida serta glikan tertulen daripada SBW boleh bertahan pada pencernaan tersebut secara signifikan, dengan nilai 63% daripada glikan tertulen dan 67% sehingga 80% daripada komponen glikoprotein dan glikopeptida yang tidak tercerna. Kedua-dua glikan tertulen dan glikopeptida SBW (salah satu produk di antara glikoprotein dan hidrolisat) yang tidak tercerna telah dikumpulkan dan ujian dilanjutkan dengan fermentasi kultur kelompok pH-terkawal melalui simulasi model usus manusia in vitro. Fermentasi kultur kelompok bagi kedua-dua glikopeptida dan glikan SBW memberikan pertumbuhan bakteria bermanfaat yang signifikan dan mempunyai kebolehan untuk menindas pertumbuhan bakteria berpotensi patogenik (Clostridium histolyticum): ciri-ciri ini menunjukkan glikopeptida dan glikan SBW berpotensi menjadi prebiotik. Pertumbuhan bakteria bermanfaat, Bifidobacteria, Lactobacilli-Enterococci, Bacteroides-Prevotella, Clostridia (kumpulan XIVa, XIVb dan IX), Atopobium spp. dan F. prausnitzii, yang positif berpotensi untuk memberikan manfaat kesihatan terutama kepada bahagian usus seperti menurunkan pertumbuhan bakteria berpotensi patogenik dan penghasilan asid lemak rantai pendek, berdasarkan pertumbuhan spesies bakteria bermanfaat yang spesifik, masing-masing. Kajian ini menyumbang kepada ciri-ciri berfungsi tambahan SBW, iaitu sebagai prebiotik, bagi manfaat pengguna dan industri SBW.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 200
Call Number: QL696.A552N837 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117750+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
825.4 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.