Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500384
Title: | Sintesis dan pencirian nanokomposit argentum pada grafin oksida terturun melalui tindak balas pengaliran bersegmen |
Authors: | Lau Kam Sheng (P88739) |
Supervisor: | Chia Chin Hua, Prof. Madya Dr. |
Issue Date: | 17-Dec-2019 |
Description: | Nanokomposit berasaskan grafin yang mengandungi nanostruktur logam telah mendapat perhatian yang luas kerana berpotensi tinggi dalam pelbagai aplikasi. Khususnya, nanokomposit grafin dengan nanostruktur argentum (Ag) yang berbeza telah dihasilkan dan digunakan dalam aplikasi seperti sel suria, sel bahan api, sensor elektrokimia, superkapasitor, dan sebagainya. Dalam kajian ini, penghasilan nanowayar argentum (AgNW), rGO, dan nanokomposit Ag-rGO dijalankan menggunakan reaktor pengaliran berterusan bersegmen sebagai proses alternatif bagi sistem tindak balas kimia berkelompok. Kaedah sintesis hijau telah dilakukan di bawah keadaan sub-hidroterma untuk menghasilkan rGO yang mana natrium kolat (Na2C2) telah digunakan sebagai agen penurunan hijau. Di samping itu, sintesis nanowayar argentum (AgNW) melalui kaedah sintesis polyol telah dilakukan dengan menggunakan argentum nitrat pada kepekatan yang berbeza dan kesan berat molekul polivinilpirolidona (PVP) sebagai agen penutup telah dikaji. Panjang AgNW yang terhasil telah meningkat dengan menggunakan PVP dengan berat molekul tinggi yang mana kekonduksian elektrik AgNW turut meningkat. AgNW yang terhasil telah digunakan untuk menghasilkan nanokomposit AgNW-rGO dengan etilena glikol sebagai agen penurunan. Penghasilan nanozarah argentum (AgNP) pada rGO melalui kaedah tanpa surfaktan dengan etilena glikol sebagai agen penurunan telah dijalankan. Sifat elektrokimia nanokomposit yang terhasil telah dikaji dengan sistem tiga elektrod. rGO yang terhasil dengan Na2C2 menunjukkan darjah penurunan yang lebih tinggi dan peningkatan kapasitans tentu (Csp) dalam kegunaan superkapasitor dengan Csp 94 F g-1 pada 0.1 A g-1 dan penahanan kapasitans 103 % selepas 10,000 kitar cas-nyahcas, yang mana ia lebih tinggi berbanding dengan rGO yang terhasil menggunakan glukosa sebagai agen penurunan. Dengan penambahan Ag pada rGO, Csp rGO telah ditingkatkan sebanyak 30-73 % disebabkan oleh kekonduksiannya yang telah ditambah baik. Berbanding dengan nanostruktur argentum pada rGO, nanokomposit AgNP-rGO memberi Csp yang tertinggi berbanding dengan AgNW-rGO dan rGO. Kesimpulannya, sistem pengaliran berterusan bersegmen berfasa cecair-cecair membolehkan tindak balas kimia untuk menghasilkan AgNW, rGO, dan nanokomposit Ag-rGO yang terdapat sifat elektrokimia yang baik bagi aplikasi dalam superkapasitor.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D. |
Pages: | 120 |
Call Number: | TA455.G7L338 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117745+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 705.56 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.